Rupanya Percaturan Politik Mahyuddin Yassin Terus Gagal Total


Oleh HAYAR HASSAN

Mahu tidak mahu teka-teki tarikh PRU 15 sememangnya diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat ketika ini, terutamanya aktivis-aktivis politik . Apa pun PRU 15 perlu diadakan selewat-lewat nya pada bulan Julai 2023, sekitar 10 bulan lagi. Semua orang bersetuju bahawa hanya YAB Perdana Menteri Malaysia mempunyai hak untuk memohon pekenan YDP Agong untuk membubarkan Parlimen. Orang lain cuma boleh berharap saja.

Itu lah hak istimewa YAB Perdana Menteri Malaysia. Mungkin YB Tun Dr Mahathir Mohamad terlupa hak istimewa ini sewaktu nak meletakkan jawatan Perdana Menteri sekitar Januari 2020 lalu ! Ada sesetengah orang berpendapat bahawa pada waktu Langkah Sheraton itu diambil YB Tun Dr Mahathir Mohamad sedang dibomohkan dan pemikiran nya menjadi kacau balau sehingga YB Tun Dr Mahathir hilang kewarasan nya, buntu dan mengambil keputusan nekad untuk meletakkan jawatan PM nya! Ilmu hitam yang berkait dengan sihir sering kita dengar dalam masyarakat kita. Agak sukar untuk mempercayai, seorang tokoh hebat seperti YB Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dibomohkan dan disihirkan !Wallahhuaklam.

Namun demikian, semuanya adalah dengan izin dan kehendak Allah SWT jua, Qada’ dan Qadar NYA. Kita diajar untuk redho menerima nya. Mungkin ada hikmah nya disebalik apa yang telah terjadi.

Langkah YAB Dr Mahathir Mohamad sewaktu menjadi Perdana Menteri Malaysia untuk kali kedua nya memancing Ahli-Ahli Parlimen UMNO untuk lompat ke Parti Bersatu adalah suatu kesilapan besar yang membawa kepada kesilapan-kesilapan seterus nya dalam episod keruntuhan Kerajaan PH yang telah diberi mandat oleh pengundi-pengundi dalam PRU 14.

Kalau motif nya adalah sekadar hanya untuk mengimbangi kecil nya bilangan Ahli-Ahli Parlimen Bersatu dalam PH, ianya adalah suatu percaturan yang terlalu berisiko. Ia nya telah memberikan suatu contoh yang buruk yang akhir nya akan memakan diri orang yang memulakan nya. Tidak hairan lah YB Nurul Izzah dan Saudara Rafizi Ramli semacam mahu berehat daripada aktif berpolitik sejurus YAB Dr Mahathir Mohamad membawa masuk katak-katak politik itu ke dalam Bersatu. Mesej yang hendak disampaikan kepada PH adalah, tindakan itu adalah suatu kesilapan besar. Budaya lompat parti adalah permulaan kepada episod pengkhianatan kepada mandat rakyat! Rupa nya jangkaan mereka berdua itu benar-benar menjadi suatu realiti.

Apa pun, sekarang ini banyak pihak menyimpulkan bahawa Langkah Sheraton itu adalah satu bentuk pengkhianatan politik yang dilakukan oleh 11 orang Ahli Parlimen PKR yang telah memenangi PRU 14 dengan tiket Pakatan Harapan(PH).

Ternyata Ahli-Ahli Parlimen ini tiada mempunyai intergriti, tidak amanah kepada janji dan telah mengkhianati pengundi serta penyokong PH yang telah bertungkus lumus memenangkan mereka pada PRU 14. Mereka lebih mementingkan jawatan dan habuan yang ditawarkan oleh bakal Perdana Menteri. Segala idealisma perjuangan dibuang ke laut. Segala janji-janji indah semasa berkempen dahulu dengan mudah diabaikan dan dilupakan. Mereka tidak boleh marah seandai nya mereka ini dilabelkan sebagai pengkhianat dan hipokrit ! Tindakan mereka terlalu mengecewakan penyokong-penyokong PH.

Kesilapan seterus nya yang telah dibuat oleh TS Mahyuddin Yassin adalah membuat tawaran kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO, PAS dan GPS untuk menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional. Motif nya adalah jelas, membolehkan diri nya menjadi Perdana Menteri ke 8.

Sungguh tidak lojik, semasa kempen PRU 14, TS Mahyuddin Yassin melawan UMNO(BN) dan PAS. Pas dikatakan sebagai Parti Agama Sesat. Parti UMNO penuh dengan kleptokrat dan perasuah. Tetapi apabila sudah terdesak untuk menjadi PM, semua tuduhan itu boleh ditelan semula. Jelas sekali ini suatu pembohongan dan pengkhianatan orang politik tahap tinggi. Melopong semua rakyat menonton nya.

Sekarang ini diharapkan TS Mahyuddin Yassin telah menyedari bahawa semua tindakan-tindakan politik nya menjelang Langkah Sheraton dan selepas itu merupakan langkah-langkah yang salah dan menggugat imej serta maruah diri nya sendiri. Terlalu banyak kesilapan yang telah dilakukan nya kepada kestabilan politik, ekonomi dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Tidak hairan lah kalau banyak pihak telah memberikan gelaran KERAJAAN GAGAL kepada nya.

Seusai PRU 14, Parti Bersatu telah mempunyai 3 orang Menteri Besar. Menteri Besar-Menteri Besar Johor, Perak dan Kedah adalah dari Parti Bersatu. PKR hanya mempunyai 2 orang Menteri Besar di Selangor dan Negeri Sembilan. DAP mempunyai Ketua Menteri di Pulau Pinang. AMANAH pula hanya mempunyai Ketua Menteri di Melaka.

Namun semua ketua-ketua Kerajaan negeri-negeri yang telah dimenangi oleh PH itu hilang dan terkubur kerana kesilapan TS Mahyuddin sendiri. TS Mahyuddin lebih mementingkan cita-cita peribadi nya untuk menjawat kerusi Perdana Menteri Malaysia. Itu pun untuk tempoh masa yang cukup pendek, sekadar 17 bulan sahaja.

Menyedari akan rapuh nya sokongan Ahli-Ahli Parlimen Malaysia terhadap nya , TS Mahyuddin tersilap lagi dengan mengwujudkan kabinet nya yang bersaiz XXXL. Jawatan-jawatan penting dalam GLC@Government Link Companies diberikan kepada ahli-ahli politik yang tidak berkelayakan dan tiada pengalaman bisnes. Jawatan Duta-Duta Khas diwujudkan tanpa mempunyai keperluan yang wajar. Semua nya macam cerita penyamun dalam filem Nujum Pak Belalang.

Menular nya wabak pendemik Corona Virus-19 diambil kesempatan juga oleh TS Mahyuddin Yassin untuk menggantung Parlimen dan mengwujudkan Darurat. Tindakan ini telah mengakibatkan lumpuh nya ekonomi negara dan mengakibatkan kerugian berbilion-bilion RM. Terlalu banyak rakyat yang kehilangan pekerjaan dan mata pencarian. Akhir nya TS Mahyuddin Yassin terpaksa juga melepaskan jawatan PM itu sebelum undi tidak percaya dibuat di Parlimen dan menyerahkan jawatan PM itu kepada DS Ismail Yaakob, Naib Presiden UMNO.

Jelas lah bahawa terlalu banyak kesilapan-kesilapan politik yang telah dibuat oleh TS Mahyuddin Yassin. Sekarang ini UMNO-BN sendiri tidak mahu bergabung lagi dengan Bersatu dalam menghadapi PRU 15. Parti Bersatu sekarang ini, seperti peribahasa lama, UMPAMA MELUKUT DITEPI GANTANG SAHAJA, menadah tangan memohon ehsan orang lain untuk terus hidup.

Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meramalkan bahawa Parti-Parti Bersatu dan Pejuang akan kalah teruk dalam PRU 15. Kita tunggu dan lihat saja nanti adakah TS Mahyuddin Yassin mampu terus berpolitik atau bersara dari politik Malaysia.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan