Harapan telah laksana sebahagian besar manifesto PRU, tak perlu guna modal basi ‘derita 22 bulan’

 


Sebelum dijatuhkan melalui pengkhianatan Langkah Sheraton, Pakatan Harapan (Harapan) telah melaksanakan sebahagian besar manifesto yang dijanjikan dalam pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

Justeru, kenyataan Umno dan Pas yang yang terus terusan menggunakan modal basi ‘derita 22 bulan’ untuk menyerang Harapan ditempelak oleh pimpinan dalam AMANAH.

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad, Umno menderita selama 22 bulan disebabkan ketika itu mereka tidak dapat menjadi kerajaan dan tiada peluang untuk merompak duit rakyat.

“Sepanjang 22 bulan pentadbiran Harapan memang Umno amat menderita kerana tanpa kuasa kerajaan, tiada lagi sumber kewangan untuk diagih-agihkan kepada kroni mereka melalui pemberian kontrak dan projek kerajaan,” kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan bahawa hukuman penjara terhadap Datuk Seri Najib Razak membuktikan memang wujud jenayah salah guna kuasa dan rasuah walaupun dianggap fitnah oleh Umno dan Pas.

Pada masa sama, Khalid menyarankan agar Pas tidak perlu berlakon kononnya turut terkesan dengan ‘derita 22 bulan’.

Ini kerana pada tempoh itu jugalah, rakyat Kelantan menyaksikan para pemimpin mereka berbelanja mewah dengan membeli Mercedes Benz walaupun hak rakyat mendapat bekalan air bersih terus dinafikan.

“Dari mana kerajaan Kelantan memperoleh kewangan yang besar sebanyak RM400 juta? Tentunya itu sumbangan daripada kerajaan Harapan sebagai royalti dan hak yang perlu dinikmati oleh rakyat Kelantan, bukannya untuk pemimpin bermewah-mewah.

“Selepas Pas dan Umno menjadi kerajaan secara pintu belakang, adakah nasib rakyat sudah bertambah baik?

“Tidak sama sekali. Malah situasi semasa menunjukkan keadaan menjadi lebih buruk,” tegasnya.

Harapan berjaya laksana sebahagian besar Manifesto

Sementara itu, Khalid menegaskan bahawa Harapan telah berjaya melaksanakan sebahagian besar manifesto mereka antaranya mengawal harga barang keperluan semasa musim perayaan, dan menstabilkan harga minyak.

Selain itu Harapan mengotakan manifesto untuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST), dan menurunkan kadar tol secara berperingkat.

Penstrukturan semula pelaksanaan projek-projek mega dan memberi royalti kepada negeri pembangkang juga antara manifesto yang ditepati Harapan

“Harapan juga terpaksa mencuci ‘najis’ yang ditinggalkan pentadbiran Umno terutamanya dalam melaksanakan pemulihan ke atas Tabung Haji (TH) dan memastikan dana 1MDB dari luar negara dapat dikembalikan.

“Langkah Harapan yang melantik golongan profesional atau teknorat yang berpengalaman serta berwibawa untuk mengepalai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah membawa impak positif dalam tempoh singkat.

“Sikap terbuka kerajaan terhadap media juga telah memulihkan kedudukan demokrasi manakala pelaksanaan kontrak terbuka telah mengelakkan daripada wujudnya unsur-unsur rasuah,” tegasnya.

Justeru hasilnya, kedudukan indeks persepsi rasuah Malaysia mencatatkan prestasi membanggakan.

Malah pada saat-saat akhir sebelum Harapan dijatuhkan secara tidak bermaruah, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, kadar jangkitan Covid-19 yang mula melanda negara berjaya dikawal.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan