Kertas siasatan ucapan berbaur fitnah Razman dirujuk ke pejabat TPR

 


Kertas siasatan berhubung ucapan calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol Razman Zakaria dipercayai berunsurkan fitnah dan tular sejak 6 Nov lepas, telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya telah melengkapkan siasatan dan kini menanti arahan selanjutnya.

“Kertas siasatan sudah diberi kepada TPR baru-baru ini dan sedang menunggu arahan selanjutnya. Setakat ini tiada mana-mana individu yang dipanggil dan bergantung kepada siasatan TPR,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan di Balai Polis Pasir Putih, Ipoh bersama-sama anggota dan pegawai yang mengundi awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), hari ini.

Seramai 31,291 pengundi awal terlibat di negeri ini dengan pecahan 12,215 orang warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 19,076 orang warga tentera.

Pengundian awal di Perak melibatkan sebanyak 72 pusat mengundi dengan 122 saluran daripada 953 pusat mengundi dengan 3,901 saluran.

Dilaporkan pada 6 Nov lepas, tular sebuah video berkenaan Razman yang juga Pesuruhjaya PAS Perak mendakwa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan mahu menghalalkan perkahwinan sejenis manakala DAP membawa agenda komunis.

- Bernama

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan