Mas Ermieyati dicalon pengerusi PAC baru


Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) dicalonkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baru manakala Wong Shu Qi (PH-Kluang) pula dipilih sebagai naib pengerusinya.

Perkara itu dicadangkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengikut Aturan Mesyuarat dan Usul-usul Dewan Rakyat hari ini.

Pencalonan itu dibuat berdasarkan amalan sebelum ini, di mana pengerusi PAC dilantik dalam kalangan ahli parlimen pembangkang.

Jika mendapat persetujuan majoriti ahli-ahli parlimen, Mas Ermieyati bakal menjadi ahli parlimen kedua menyandang jawatan tersebut selepas Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong).

Ketika pentadbiran kerajaan sebelum ini, jawatan berkenaan disandang Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh daripada PH.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan