Suka saya untuk memberi respons kepada kenyataan atau idea dilontarkan oleh Ketua Penerangan parti agama, bernama Nasaruddin Hassan, yang mana parti itu akan membincangkan semula tahaluf siayasi dengan PKR dalam muktamar akan datang. Erti dan maksudnya kerjasama atau kedudukan parti dalam kerajaan Selangor yang dibina semasa Pakatan Rakyat disemak semula.
Jikalau tidak menjadi satu kesalahan ingin saya memberi cadangan kepada parti agama itu, elok putuskan sahaja kerjasama dengan PKR kerana saya tidak fikir PKR akan memutuskan kerjasama dengan DAP.
Pas telah "bersumpah" ianya tidak akan bekerjasama sama dengan
mana-mana puak yang berkerjasama dengan DAP dan Amanah. Lainlah
sekiranya PKR sedia untuk membelah dua mungkin Pas dapat bekerjasama
dengan sebahagian PKR yang suka dengannya.
Sebagai jalan baharu, saya rasa elok kalau Pas membentuk kerjasama baharu dengan parti Umno.
Banyak kesesuaian atau pun gambaran zahir hari ini yang Pas lebih serasi dan sejiwa dengan Umno.
Saya kira Pas lebih senang untuk bersama Umno dalam Piruam akan datang untuk bertanding satu lawan satu dengan PKR - DAP - Amanah dan mungkin PPBM.
Dari jumlah kerusi yang Pas ada kini, Pas dan Umno mampu untuk membentuk kerajaan Selangor bersama nanti. Mungkin untuk menstabilkan kerajaan itu nanti akan ada dua tiga kerusi pembangkang Melayu yang bersama kerajaan Pas - Umno itu.
(Saya tidak mahu persoal apakah kerusi yang Pas miliki ini dapat dipertahankan atau pun tidak. Untuk menyenangkan hati orang parti agama saya letakkan ia mampu mengekalkan kerusi yang sedia ada disamping tambah dua tiga kerusi lagi). Trims.

0 comments:
Catat Ulasan