Oleh JAMZURI ARDANI
Pok Jib orang kaya. Dia jadi ketua kampung di situ. Walaupun ada
banyak skandal, dia tetap jadi ketua kampung. Skandal kacau anak dara
orang. Skandal kacau bini orang. Skandal bunuh orang. Tapi, penduduk
kampung tetap mahu dia jadi ketua kampung.
Satu hari penduduk kampung terkejut. Duit tabung masjid hilang. Duit
khairat kematian pun hilang. Duit koperasi kampung hilang. Duit orang
kampung pun banyak yang hilang.
Kejadian duit hilang memang biasa di kampung itu. Tapi, kehilangan
serentak dalam jumlah yang banyak agak ganjil. Anehnya, cuma keluarga
Pok Jib dan kawan-kawan rapat Pok Jib sahaja yang makin hidup senang.
CCTV masjid kampung tu ada tunjuk gambar pencuri tabung tu, nampak
muka macam muka Pok Jib tapi tak ada yang berani tuduh. Tok Imam kata,
"kalau tak cukup saksi jangan sapa-sapa berani tuduh. Nanti masuk
neraka." Semua lebai-lebai pun mengangguk.
Orang kampung jadi miskin. Warung kopi tak laku. Kedai Ah Chong
kurang pelanggan. Pasar Tani tiada sambutan. Perniagaan merosot. Anak
muda tiada pekerjaan.
Itulah nasib penduduk Kampung Akai Kemetot. Pokok kelapa banyak, tapi
santan tak ada. Sawah padi luas, tapi beras mahal. Ikan sawah pun
banyak, tapi harga ikan melambung-lambung.
Yang terus kaya hanya Pok Jib sekeluarga dan teman-temannya.
Untuk menyelesaikan masalah ekonomi kampung Pok Jib perkenalkan sistem kutipan baru yang dipanggil Geng Suka Tipu.
Setelah sekian lama dikutip, rakyat terus hidup susah. Tapi, Pok Jib
bijak. Dia bagi orang kampung Buah Rambutan 1 Mayang (BR1M) pada orang
kampung.
Bila orang kampung tak puas hati, Pok Jib kata "sebenarnya apa yang
jadi kat kampung kita ni adalah angkara sial keluarga Uncle Lim, sepupu
taukeh kedai Ah Chong. Kalau kita halau keluarga Uncle Lim dari kampung
kita nescaya orang kampung hidup makmur dan sejahtera."
Orang kampung pergi jumpa Tok Imam minta pandangan. Tok Imam setuju
dengan Pok Jib. Tok Imam kata, "orang kapir ni memang musuh kita.
merekalah punca ramai orang kampung tak pergi berjemaah di masjid.
Mereka anti-sembahyang. Mereka musuh masjid. Baguslah kalau kita halau
mereka keluar dari kampung kita. Kita bukan sahaja kena halau dia,
sapa-sapa yang berkawan dengan dia pun kita wajib halau. Ini perintah
agama. Sapa tak patuh berdosa. Nanti masuk neraka".
Semua pak-pak lebai pun mengangguk. Tok Imam dan pak-pak lebai lupa
Uncle Lim pernah derma 20 kampit simen masa nak bina masjid dulu.
Alkisahnyer...
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan