PKR Makin Matang Dalam Menghadapi Pemilihan Parti


Oleh Md Zulaimi Kazin

Apabila DSAI disahkan sebagai calon tunggal jawatan Presiden PKR dan kemudianya disahkan menang tanpa bertanding, hilang kegusaran bahawa PKR berada diambang perpecahan spt pernah berlaku pada UMNO dan PAS sebelum ini. Faktor ini kita patut ucap terima kasih kepada Azmin bila sblm ini banyak bacaan politik Azmin akan bertanding Presiden, soal menang atau kalah soal lain tetapi bila berlaku pertembungan di kerusi presiden, sedikit sebanyak akan menambahkan lagi kesengitan dalam pemilihan ini.

Faktur KEDUA yang memperlihatkan kematangan PKR adalah walaupun wujud 2 kem yg ketara namun setakat hari ini tiada serangan terbuka antara SATU SAMA LAIN.

Saya lihat kempen di pihak Wanita yang sedang giat terutama kem Rafizi yang dikepalai oleh YB Fauziah dan YB Rodhziah, mereka turun ke akar umbi hanya memperkatakan hala tuju perjuangan tang hendak dibawa tanpa menyentuh pihak lawan atau menyerang batang tubuh pihak lawan.

Pengalaman dalam pemilihan UMNO 1987 dulu memang begitu ketara saling menyerang antara kedua pihak team A dan Team B. Bagitu juga dalam Muktamar PAS 2015 dulu, bagaimana kumpulan profesional diserang sebagai barua dan kuda tunggangan DAP dan PRO-Anwar, tidak walaq pada pimpinan dan anti ulamak sehingga kesemua G18 tersungkur, bila tersungkur sebegitu rupa, tiada pilihan lain para penyokong mendesak pimpinan yg kalah untuk tubuh wadah politik islam baru maka lahirlah Parti Amanag Negara.

Namun, perkembangan dalam pemilihan PKR ini agak berlainan dan memperlihatkan ruang demokrasi dipergunakan sebaik mungkin dan menunjukkan kematangan dalam politik PKR, dan teladan inilah wajar ditunjukkan sebagai parti senior dalam PH.

Saya lihat, tidak kira kem mana yang menang samada Azmin atau Rafizi, Anwar selaku presiden dapat menyatukan kembali. Meletakkan Anwar menang tanpa bertanding di kerusi presiden itu sebagai langkah yang baik dan dia akan jadi faktur pendamai kedua belah pihak sebaik selesai pemilihan nanti.

Kekalkan gaya kempen yang bersih dn gunakan proses dekokrasi yang betul sebagai model politik alaf baru Malaysia. Saya sudah boleh ucapkan TAHNIAH KEPADA AZMIN & Rafizi Ramli.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan