KUALA LUMPUR 19
Mac - Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa remaja Australia yang
menempekkan telur ke atas kepala seorang senator di negara itu akan
dimaki secara berjemaah oleh penyokong UMNO dan Pas , sekiranya tinggal
di Malaysia.
Rafizi mendakwa, bagi penyokong pembangkang sesiapa yang bangun
berhadapan dengan fahaman perkauman akan dianggap sebagai pengkhianat
bangsa.
"Kalau budak ini duduk di Malaysia, dia akan dimaki hamun secara berjemaah oleh penyokong pembangkang PASUmno.
"Di luar negara, budak berani yang bangun berhadapan dengan seorang pemuka perkauman - kepada penyokong pembangkang PASUmno, budak ini adalah wira.
"Di dalam negara, sesiapa yang bangun berhadapan dengan fahaman perkauman yang mereka bawa - kepada penyokong pembangkang PASUmno, orang ini pengkhianat bangsa," kata Rafizi dalam satu hantaran di Facebook beliau.

Betul tu!
BalasPadam