Noh Omar Jangan Ganggu Kesejahteraan Negeri Selangor

Oleh Muhammad Naqib B. Nasaruddin

Saya berasa amat kesal apabila TanSri Noh Omar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor menyokong tindakan Jamal yang membawa van jenazah dan keranda berdemo di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor(SUK) malah menyifatkan tindakan Jamal itu bersesuaian. Tindakan Noh Omar itu boleh disifatkan seperti mengganggu kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Selangor.


Adalah tidak masuk akal apabila seorang yang bertaraf menteri boleh menyokong tindakan yang seolah-olah mempermainkan agama itu malah mengganggu urusan jenazah dan proses-proses berkaitan.

Noh Omar seharusnya lebih peka kepada sensitiviti agama dan masyarakat kerana van jenazah dan keranda bukanlah barangan yang boleh dipersendakan. Adakah Noh Omar begitu lemah untuk menegur salah laku Jamal sehingga terpaksa menyokong tindakan tidak bertanggungjawab itu?

Semalam Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS), Dato' Haris B. Kasim dalam satu kenyataan melahirkan rasa kesal diatas penyalahgunaan van jenazah tersebut. Malah dalam siasatan awal JAIS mendapati Jamal telah memanipulasi dan mengambil kesempatan diatas pihak yang menguruskan van jenazah.

Justeru itu saya sarankan Noh Omar untuk memohon maaf bagi pihak Jamal diatas ketelanjuran Jamal dan saya cabar Umno Selangor untuk mengambil tindakan tegas terhadap Jamal.
Sekian, Terima Kasih.

Muhammad Naqib B. Nasaruddin
Pengarah Komunikasi
Angkatan Muda Keadilan Selangor
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan