Ahli PAS, cukup2 lah dok cerca bangsa seagama

Oleh Ibn Shah

Assalamualaikum,
Terus terang aku cakap, aku bukan ahli PAS. Sebab aku dari dulu masa zaman muda generasi belia akhir 1990an memang jiwa muda panas menggelegak jenis memberontak, lebih mesra pada KeAdilan pimpinan Bung Nuar dari 1998-1999 sampaikan diharung semua demo dari Masjid Kg Baru ke Chow Kit melimpah ke Sogo hingga Masjid India terus ke Central Market dan Kotaraya kami tentang kezaliman seorang diktator ketika itu.

Tapi bila aku sedar KeAdilan motifnya hanya berlegar Bung Nuar, alternatif kiblat politik aku beralih arah PAS. Bertugas sebagai sukarelawan pacak gantung sepanduk dan poster PAS masa PRU ke 10 (1999) dan kekerapan menghadiri kempen2 ceramah PAS menjadikan aku sebagai penyokong PAS sehingga kini.

Tapi jiwa aku masih kuat taknak mengikut arus politik semasa iaitu kalau nak sokong parti mau jadi ahli parti. Aku taknak diikat pada satu organisasi politik yang hanya membuktikan bila asal ada ahli / pimpinan parti kecewa dengan halatuju parti atau polisi parti atau ada krisis dalaman parti, maka yang kecewa ni akan lompat parti, keluar parti, khianat parti, join parti pemerintah atau tubuh parti serpihan. Dari UMNO sampai kepada PAS hatta MIC pun, inilah senario yang sama selalu berulang sejak dari zaman merdeka lagi.

Aku sokong PAS bukan kerana pimpinannya tetapi perjuangannya nak menubuhkan Negara Islam di tanahair ni. PAS dari ahli sampai ke pimpinan bukan makhsum ... banyak juga buat silap tapi satu yang aku respek, perjuangan Negara Islam itu kekal perkara WAHID, Numero Uno, Nombor 1 sejak dari penubuhan PAS pada 1951 oleh golongan agamawan. Aku juga penah jadi keyboard warrior membela perjuangan PAS menangkis anasir UMNO yang benak dalam forum2 Internet seperti forum CARI dll sepanjang 2001 - 2013 dan kini sekali sekala di media sosial. Dalam tempoh aku jadi penyokong PAS, aku tak nafikan, aku juga penah meluat dengan kerenah ahli2 PAS yang lain yang kejenya suka guna politik maki hamun memburukkan peribadi musuh politik bila hilang modal berhujah, atau yang jahil murakab bab sejarah parti sendiri pun kita nak kena tolong ajarkan. Tapi boleh dikatakan aku masih istiqamah dengan PAS. Aku taknak jadi taksub pada pemimpin, aku mahu ada hak kebebasan mutlak untuk "agree to disagree" iaitu "setuju untuk tak bersetuju" dengan pandangan pimpinan atau polisi parti yang aku rasa tak sesuai dengan pemikiran aku.

Aku hanya anggap PAS sebagai alat, yang perlu dipergunakan sehabis baik untuk mencapai hasrat membina sebuah Negara Islam di Malaysia. Sebab, nak harapkan UMNO hatta PKR jauh sekali. Parti serpihan PAS seperti Hamim, Berjasa dan kini pula Amanah hanyalah parti orang2 kecewa yang dimanipulasi orang lain yang berkepentingan di luar parti. PAS bagi aku hanya asbab untuk berjuang sekadar kemampuan aku iaitu di peti undi untuk menegakkan Syariat Allah.

Bagi aku PAS ni pasti akan terkubur jugak. Lagipun PAS sebagai parti politik yang masih terpaksa mengikut sistem demokrasi ciptaan tamadun Yunani purba berbudaya hedonis penyembah berhala (kebetulan juga sejarah mencatatkan kaum Yunani purba ni kaki liwat geng kunyit). Tapi jika PAS ditakdirkan ada tempoh tarikh luputnya, pasti akan ada satu lagi jemaah Islam yang memperjuangkan Islam di negara ni. Lagipun ini akhir zaman, seramai mana se-gah mana pun kita umat Islam lebih 1.6 bilion bertebaran di segala pelusuk, kita hanyalah sekadar buih2 di lautan.

Tapi percayalah, istiqamah lah, dari pimpinan PAS, ahli PAS, penyokong PAS hatta semua orang Islam di Malaysia ni tak kira apa kiblat parti kamu, hatta apolitikal (tidak peduli arus politik semasa), berikan sokongan padu pada apa2 perjuangan yang menguntungkan Islam, seperti RUU355. Ya, walaupun pemerkasaan Syariah sedia ada yang suku masak untuk jadi separuh masak, mengapa tidak?

RUU 355, itu bukan hanya isu milik PAS, tapi perjuangan bagi seluruh umat Islam di Malaysia. Kepada ahli PAS, cukup2 lah dok cerca bangsa seagama yang mungkin tak sehaluan dengan perjuangan PAS. Kalau tak boleh dakwah dan tarbiah, biarkan mereka di sana. Slogan PAS untuk semua perlu ditunjukkan dengan cara kamu juga.

Kita akan bertemu di dataran Merdeka pada 18 Februari nanti. Tunjukkan kekuatan umat Islam tak kira dari mana pun kiblat politik mereka.
Wassalam
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan