Oleh Mazlan Aliman
PERSATUAN
Anak Peneroka Felda Kebangsaan(Anak) amat bersimpati dengan situasi
dialami Ketua Pegawai Eksekutif atau Presiden FGV, Zakaria Arshad, 57,
ekoran keputusan Lembaga Pengarah FGV yang dipengerusikan Isa Samad,
yang mengarahkan beliau dan tiga yang lain bercuti, sementara menunggu
isu tunggakan bayaran penjualan minyak sawit bertapis oleh syarikat
Afghanistan, Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd (DOP).
Safitex
adalah pelanggan utama DOP lebih 20 tahun. Proses pembayaran dan
syarat kredit kepada Safitex dilulus dan diguna pakai CEO sebelum
Zakaria lagi, dengan syarat bayaran dan terma kredit selama 90 hari
selepas produk dihantar.
Zakaria menjadi CEO FGV pada 1 April 2016,
adalah tidak adil jika beliau dipaksa memikul tanggungkawab atas isu
tunggakan bayaran Safitex; walhal ia sedang ditangani.
Anak
yakin ada pertelingkahan antara Isa dengan Zakaria, dimana beliau
dilihat enggan menurut kehendak pihak tertentu yang disebut "pelaburan
besar yang tidak masuk akal".
Untuk rekod, Zakaria adalah mangsa
ketiga selepas Dzulkifli Abd Wahab, bekas pengarah besar Felda yang
disingkirkan@dipetisejukkan ekoran perbezaan pandangan mengenai
penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012.
Dzulkifli
disisihkan hingga dihantar bertugas ke luar negara sebelum pencen
tahun lalu. Imej Dzulkifli yang tercalar teruk tidak dipulihkan,
meskipun dilantik sebagai ahli lembaga pengarah (ALP) Felda dan
pengerusi Felda Technoplant Sdn Bhd baru baru ini.
Faizoull
Ahmad, pengarah besar Felda yang menggantikan Dzulkifli, adalah orang
kepercayaan Isa. Beliau juga menerima nasib yang sama, disingkir dan
didakwa SPRM hujung tahun lalu.
Isa adalah pengerusi DOP,
seharusnya beliau mampu menghidu masalah lebih awal dan bukan mengambil
tindakan di hujung jalan. Sebahagian ahli Lembaga Pengarah DOP juga
adalah ahli Lembaga Pengarah FGV.
Anak mendesak perdana menteri campur tangan segera atas kemelut FGV ini.
Kekalkan Zakaria sementara siasatan audit dalaman terhadap DOP ini dilakukan.
Anak
berpandangan sepanjang setahun ini, setidak tidaknya, Zakaria berjaya
menurunkan kos pengurusan, kos pengeluaran di peringkat ladang juga
menurun, hubungan antara kakitangan FGV (19,000 kakitangan) semakin
baik dan perolehan syarikat mula meningkat. Ia boleh diteliti melalui
laporan FGV yang dibentang baru-baru ini.
Anak menyambut baik
kesediaan Zakaria agar SPRM membuat siasatan, tapi mesti menyeluruh
khususnya sepanjang Isa menjadi pengerusi Felda dan FGV!
Adalah
menjadi tanda tanya, sejauh mana status laporan mengenai dakwaan
penyelewengan dan salah guna kuasa Isa yang dihantar ke SPRM sejak
sekian lama.
Pada masa sama, Anak membidas kenyataan lemah
Pengerusi Felda Shahrir Abd Samad mengenai kedudukan Felda selaku
pemegang saham terbesar dalam FGV.
Dengan jumlah saham,33.6%,
mesti ada Ahli Lembaga Pengarah Felda dalam FGV. Pengarah besar Felda
secara automatik, seharusnya adalah ALP FGV. Felda boleh memanggil
EGM, boleh merujuk kepada "article of association" dan memorandum FGV
untuk mengambil tindakan terhadap pengerusi dan mana-mana ALP FGV.
Anak dimaklumkan terdapat tiga nama untuk menduduki ALP FGV dihantar kepada pihak FGV, namun tiada jawapan hingga kini.
Melalui saluran sedia ada, tidak berbangkit soal ketiadaan wakil Felda dalam ALP FGV.
Sejak
perlantikan Zakaria sebagai CEO, Anak mengalu-alukan beliau, bukan
sahaja sebagai anak peneroka Felda Palong 1, tapi pengalaman luas
selama 32 tahun dalam Kumpulan Felda. Seharusnya beliau diberi ruang dan
peluang diketika FGV bermasalah.
Hari ini saham FGV terus jatuh, tinggal RM1.66, kejatuhan mendadak yang dipercayai ada kaitan dengan krisis terkini dalam FGV.
Bagi
Anak, tindakan serta-merta yang harus dilakukan perdana menteri ialah
singkirkan Isa daripada FGV dan apa jua jawatan dalam Felda!
Ayuh perdana menteri, jangan berlengah lagi!
* Mazlan Aliman adalah Presiden Anak.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan