Jangan Sekadar Sebut "Pandang Serius" Kejadian Sama Tetap Berulang

Oleh Dato' Seri Dr Santhara

Kisah menyayat hati seorang kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang berusia 21 tahun telah meninggal dunia dipercayai akibat didera.

Hasil pemeriksaan luaran jasad mendapati terdapat kesan lebam pada kelopak mata kiri, kesan lecur terbakar di seluruh badan bahagian depan, tangan, kemaluan dan kaki yang konsisten dengan corak permukaan seterika wap.


Kejadian yang amat tidak berperikemanusiaan ini yang pada mulanya dipercayai didera tetapi secara tidak langsung boleh mendatangkan maut. Saya berasa amat terkilan berhubung kejadian yang melibatkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini.

Saya mahu pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan UPNM untuk menjalankan siasatan dengan kadar segera dan tidak mahu sepertimana kes pelajar tahfiz yang juga telah meninggal dunia dan dipercayai didera tetapi sehingga kini laporan kematian masih tidak diketahui umum.

Saya inginkan jaminan bahawa tiada sesiapa yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika mereka didapati bersalah dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang terlibat dalam apa jua perlanggaran undang-undang dan peraturan..

Apa yang sepatutnya pelatih tentera lain di UPNM lakukan adalah lebih bersikap prihatin dan lebih peduli dengan persekitaran terutama jika berlakunya kejadian yang mencurigakan untuk segera melaporkan terus kepada pihak berwajib sebagai langkah pencegahan awal daripada perkara yang tidak diingini terus berlaku.

Dato' Seri Dr Santhara
Pengerusi Biro Integrasi Nasional
Parti KEADILAN Rakyat
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan