Dua bulan bonus Raya untuk penjawat awam Selangor

PENJAWAT awam negeri terkaya di Malaysia akan menerima dua bulan bonus untuk Hari Raya, umum Menteri Besar Selangor Azmin Ali

Sejumlah RM63.3 juta akan dibayar kepada penjawat awam negeri Rabu depan, kata Azmin semasa perhimpunan bulanan penjawat awam Selangor di Shah Alam hari ini.
Katanya lagi penjawat awam Selangor akan memperolehi bonus prestasi hujung tahun ini, tetapi ia bergantung kepada penilaian prestasi mereka.

Azmin juga berkata yang simpanan kewangan Selangor meningkat kepada RM3.18 bilion.

Timbalan presiden PKR itu berkata yang Selangor mengutip RM1.15 bilion dalam perolehan hasilnya untuk tempoh enam bulan tahun ini, berbanding sasaran RM 2.25 bilion.

Azmin juga berkata yang Pihak Berkuasa Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) melaporkan yang Selangor menarik RM7.88 bilion pelaburan menerusi 242 projek tahun lepas, tertinggi antara semua negeri.

Tahun lepas, Selangor membayar bonus satu setengah bulan kepada pekerja kerajaan negeri menjelang sambutan Hari Raya. Bayaran sekali itu berjumlah RM45.6 juta untuk 17,528 pekerja.
Selain itu, kerajaan negeri turut mengumumkan bonus setengah bulan Oktober lepas sewaktu pembentangan bajet negeri 2017, menjadikan jumlah keseluruhan bonus yang dibayar kepada penjawat awam Selangor tahun lepas kepada dua bulan.

Selangor mula membayar bonus khas sempena Hari Raya sejak 2010 dengan bayaran sekali RM500.
Kerajaan persekutuan membayar RM500 untuk 1.6 juta pekerja kerajaan dan RM250 untuk 775,000 pesara pada 9 Jun lalu. Kementerian Kewangan mengatakan yang RM1 bilion diperuntukkan untuk bayaran sempena Hari Raya.

Negeri lain yang turut membayar bonus Hari Raya tahun ini ialah Johor (RM1,000), Kelantan (RM500), Perak (RM500) dan Negri Sembilan (RM500).

Pulau Pinang pula mengatakan yang pekerja kerajaan negeri akan dibayar 0,75% gaji bulanan atau RM1,000 yang mana lebih tinggi sebagai bonus Hari Raya.

Bonus setengah bulan akan dibayar kepada penjawat awam yang mempunyai masalah displin, sementara tambahan suku bulan gaji akan diberikan kepada mereka yang mempunyai prestasi kerja memuaskan.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan