Oleh Mohd Sayuti Omar
Salam Subuh dan selamat pagi duhai
rakan dan teman-teman semua. Saya yakin ada yang tidak lena tidur
semalam, gelisah dan resah sampai ke pagi. Semuanya kerana terkesima
dengan peristiwa "rampasan kerajaan" semalam.
Tentu yang ada berdoa
memohon kepada Allah Swt menyelamatkan keadaan, bukan menyelamatkan
Anwar Ibrahim atau sesiapa, menyelamatkan negara tercinta kerana kesan
rampasan itu bukan mengecewakan Anwar secara peribadi tetapi semua
rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Saya yakin ada juga yang
tidak habis memaki hamun dan menyumpah kepada perampas dan dalangnya.
Kesal dan kecewa kepada mereka dan apa yang terjadi. Paling dikesali
kepada mereka bersifat munafik, jahat dan celaka.
Seperti saya
cuba bayangkan semalam dalam babak rampasan kerajaan ini orang tidak
marah dan terkilan dengan perampas-perampas bantuan atau yang sekongkol
dengan penggerak utamanya, seperti Pas, Umno dan lain-lain.
Mereka pembangkang memang menumpang hidup dan sanggup makan bangkai demi
survival mereka, sanggup dan tergamak melakukan apa sahaja. Tetapi yang
dikesali dan marah kepada penggerak utamanya, Mahathir bin Mohamad
Kutty dan Mohamed Azmin Ali al Samburiti. Inilah syaitan politik di
negara ini.
Iya sebelum ini saya boleh bersikap tasamuh dengan
tindak tanduk mereka berdua ini. Kita menganggap mereka hanya setakat
bergurau biawak sahaja untuk mencari kekuatan untuk kerajaan dan demi
rakyat. Tetapi setelah ia melampau, sehari ke sehari tindak tanduk
mereka sangat keji, daripada gurau biawak kepada gurau kerbau, maka kita
semua kehilangan maaf buat mereka berdua.
Hari ini saya tanpa
prejudis dan taksub saya mengityharkan mereka berdua adalah perosak
negara dan penghancur harapan dan impian rakyat ada mereka berdua,
Mahathir dan Azmin Ali. Tidak salah kalau hendak menukar kerajaan,
tetapi bukan dengan cara keji dan khianat. Kamu menjunjung undang-undang
demokrasi kemudian kamu mengkhianati.
Tanpa gerakan, cita-cita
dan jiwa syaitan mereka berdua tidak mungkin peristiwa rampasan itu akan
berlaku. Merekalah perancang, penggerak dan pengadu domba. Atas apa
yang berlaku rakyat yang cintakan kedamaian, mempercayai kepada
sisa-sisa kebenaran dalam demokrasi tidak akan memaafkan mereka sampai
kapan pun. Dan saya akan menyumpah Mahathir atas perbuatannya sampai ke
liang lahad.
Apa lagi kalau tidak dinamakan munafik, jahat,
apabila hari ini berjanji, sebelum hari dikambus malam ia sudah
mengkhianati janji itu. Cis, celaka.
Dan kepada yang menyokong
mufakat rampasan itu, anda mungkin seronok melahap harta dan kuasa
dirampas, tetapi yakin dan percayalah bukan senang untuk anda mengunyah
kemudian menelannya.
Duhai teman dan sahabat, hari ini kerajaan
PH masih wujud, dan kita menunggu hingga mentari terik dan berdiri atas
kepala nanti baru kita dapat melihatkan apakan ia akan mati dan
kehilangan nyawa hari ini. Yang termampu kini hanya berserah dan
bertawakal kepada Allah sahaja.
Cuma dalam menanti ini kita kena
ingat kepada sumpah dan janji Iblis bahawa mereka akan mengkhianati anak
Adam sampai ke hari kiamat. Trims.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
majority rakyat menerima baik kabinet baru dan menanti tindakan drastik mahathir mengajar kepada menteri PH...
BalasPadamApa itu Kuasa Perdana Menteri
bankami.blogspot.com