Idris Jala dilantik kendali kemelut FGV

BEKAS menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pemandu Associates Sdn Bhd, Idris Jala dilantik untuk menyelamatkan keadaan di Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

"Kerajaan melantik Idris Jala sebagai pihak bebas untuk meneliti fakta kes dan mencadangkan jalan mengenai keputusan Lembaga FGV menggantung ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai kewangan dan dua orang anggota kanan pasukan pengurusan selepas berunding dengan semua pihak berkaitan," menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri petang ini.

"Pihak yang berkaitan bersetuju dengan pelantikan Idris Jala. Mereka ialah Pengerusi Felda Shahrir Samad, Pengerusi FGV Mohd Isa Abdul Samad, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Zakaria Arshad dan CFO Ahmad Tifli Mohd Talha."

FGV dilanda krisis semalam apabila ia mengumumkan kepada Bursa Malaysia lembaga pengarah mengarahkan Zakaria dan Tifli bercuti bagi satu tempoh yang tidak dinyatakan.

Semasa sidang akhbar yang diadakan secara tergesa-gesa, Isa berkata kedua-duanya diarahkan bercuti untuk membolehkan audit dalaman sewajarnya dilakukan ke dalam urus niaga tertentu.

Isa berkata siasatan PricewaterhouseCooper terhadap transaksi yang melibatkan unit FGVDelima Oil Products (DOP) dan Safitex yang mendedahkan beberapa kesalahan dikaitkan dengan rasuah.

Zakaria pula menafikan sebarang salah laku dan mengalu-alukan SPRM menyiasat urus niaga Delima Oil-Safitex.

Beliau memberitahu sebuah akhbar berbahasa Inggeris, sudah beberapa kali tidak bersetuju dengan Isa.

Beliau berkata, keputusan menentang pelaburan ke dalam Felda Cambridge Nanosystems Ltd ditolak dua kali oleh lembaga FGV.

Sekitar jam 3 petang semalam, Zakaria memasuki ibu pejabat SPRM dengan beberapa dokumen.
Katanya kepada pemberita di sana, beliau mahu menyerahkan dokumen berkenaan kepada SPRM dan menerangkan urus niaga tidak teratur tertentu dalam FGV.-/TMI
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan