PH Perlu Fokus pada Politik Berteraskan Polisi Kebangsaan

Oleh Wong Chen

Rakyat Malaysia pada hari ini dianiaya dan menderita daripada sudut ekonomi gara-gara amalan demokrasi diamalkan Barisan Nasional yang menafikan sistem semak dan imbang. Untuk berpuluh-puluh tahun, sistem demokrasi dan ekonomi negara telah tercemar dengan penyalahgunaan kuasa yang melampau.

Beberapa skandal besar seperti BMF Carrian dan terbaru 1MDB telah membawa satu budaya yang buruk dan menjadikan rakyat sebagai mangsa penderitaan dan kemiskinan. Secara ringkas, sistem tatakelola negara telah gagal dan wujudnya keperluan reformasi berskala besar.


Memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir, saya menyeru kepada semua rakan dan pimpinan Pakatan Harapan untuk meminimumkan fokus pada politik personaliti dan memberi tumpuan berganda pada politik berteraskan polisi.

Pakatan Harapan seharusnya berterusan menambah baik situasi dan polisi membina di negeri Selangor dan Pulau Pinang. Rata-rata pengundi Malaysia bukanlah tertumpu pada isu penggantian Perdana Menteri atau kabinet baharu tetapi secara hakikatnya mereka mendesak perlunya sebuah polisi penyelesaian yang mampu memberikan kesaksamaan sosial dan pengagihan kekayaan kepada segenap lapisan masyarakat.

Memperlihatkan situasi ini, saya berterima kasih dan menghargai usaha saudara Rafizi Ramli dan INVOKE Centre Policy Initiative (I-CPI) dalam membawa ahli-ahli politik untuk membina dan memuktamadkan polisi yang dibawa. YB Rafizi telah meluncurkan buku 'Panduan Bina Semula Negara' yang mengandungi dokumen-dokumen polisi yang mudah difahami.

Untuk menyokong usaha beliau, saya dan rakan-rakan sepejabat telah meluncurkan satu kertas kerja polisi bertajuk 'Policies for Politics: Fixing Malaysia’s Broken System'. Dokumen ini membincangkan pelbagai polisi reformasi yang perlu dilaksanakan antaranya adalah reformasi pembiayaan parti politik, kebebasan media, pengisytiharaan harta, mengehadkan tempoh mandat Perdana Menteri kepada dua tempoh sahaja, perlantikan hakim-hakim utama melalui proses lisan Parlimen dan juga kebebasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Anda semula boleh mengakses kertas kerja tersebut di pautan: http://www.wongchen.com/…/Policies-for-Politics-Fixing-Mala….
Kertas-kertas kerja berkaitan polisi yang lain boleh diakses di sini: http://www.wongchen.com/reports/
Terdapat 28 buah episod (buat masa ini) mengenai video berkaitan polisi awam yang boleh didapati di sini: https://www.youtube.com/channel/UCX-9cDZn3gm8EuSrggMOzVA

YB Wong Chen
Ahli Parlimen Kelana Jaya
Parti KEADILAN Rakyat
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan