Oleh Mohd Sayuti Omar
Pendapat
Dr Mahathir Mohamad sama dengan pendapat saya dan orang lain juga
dalam mengulas aksi Rosmah Mansor yang dituangkan melalui peguam
peribadinya, yakitu meminta Rosmah menyaman DoJ yang menuduhnya
menerima hadiah berlian bernilai puluhan juta yang dibeli dari wang
1MDB.
Kata Dr Mahathir juga, Rosmah perlu memberi tahu
orang ramai macam mana kalau tuduhan perkara itu tidak benar. Menurut
Dr Mahathir juga cerita Rosmah beli berlian bernilai RM25 juta sudah
lama kedengaran. Lama tidak lama, orang yang mula-mula mendedahkan
cerita itu kini sudah bersama Rosmah? Siapa?
Cadangan Dr
Mahathir itu logik, Rosmah patut mengambil tindakan kepada DoJ kerana
"kemaluan"nya atas hal itu adalah gara-gara DoJ. Kertas siasatan
setebal lebih 250 muka surat menbongkar hal itu yang menyebabkan orang
membuat tafsir Jho Low telah membeli barang kemas untuk Rosmah.
Dr
Mahathir membuat gesaan itu apabila peguam isteri yang kedua Najib
Razak itu membuat ugutan akan menyaman sesiapa sahaja yang membuat
fitnah terhadap Rosmah berhubung perkara itu.
Sebelum itu Rosmah telah
mengeluarkan kenyataan berupa rayuan supaya orang ramai tidak
mempercayai segala fitnah terhadapnya.
Sambil itu juga Dr
Mahathir meminta Rosmah memulangkan barang kemas berkenaan. "Kalau
barang itu benar ada pulangkanlah," minta Dr Mahathir secara baik. Dr
Mahathir juga berani untuk disaman kalau perkara itu fitnah.
Elok juga kalau dipulangkan atau pun dijual kemudian wang itu diberikan
kepada 1MDB untuk melengsaikan hutangnya. 1MDB banyak hutang. Kalau pun
Rosmah memiliki barang kemas itu ia tidak mungkin dipakai lagi kerana
semua orang tahu kedudukannya, tentu dia malu untuk memakainya.
Jadi lebih baik jual atau pulangkan secara terhomat.
Sesungguhnya apa didedahkan oleh DoJ itu mengejutkan. Mengapa Jabatan
Keadilan (DoJ) US menjadi minat untuk menangani kasus ini mungkin
kerana ia adalah skandal terbesar yang berlaku di negaranya di mana aset
yang dibeli melibatkan wang haram.
Dengan apa yang berlaku
sekarang ini seatero dunia memperkatakan tentangnya ke mana lagi Rosmah
hendak lari dan menyembunyikan mukanya
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan