Oleh Adrian Lim Chee En
Jika sebelum ini Anwar membuat keputusan untuk ke penjara walaupun
diberi pilihan untuk menerima suaka politik di luar negara, kali ini
Anwar membuat keputusan untuk tumpukan usaha terhadap pembebasan rakyat
dari cengkaman rejim kleptokrat.
Ibarat lilin membakar dirinya untuk menerangi orang di sekelilingnya,
keputusan Anwar sekali lagi membuktikan kesediaannya untuk berkorban
demi memerdekakan rakyat, walaupun sedang dipenjarakan.
Jika dari dalam penjara Anwar boleh fokus membebaskan rakyat, bukan
susah sangat untuk kita menumpukan perhatian sepenuhnya bagi melawan
rejim kleptokrat.
Jika dari dalam penjara Anwar boleh fokus usaha membebaskan rakyat,
bukan susah sangat untuk kita mencari mencari kesepakatan memenangani
PRU14.
Jika dari dalam penjara Anwar boleh fokus usaha membebaskan rakyat,
bukan susah sangat untuk kita memahami bahawa Anwar sedang meletak
kepercayaannya kepada pemimpin PH dan rakyat Malaysia untuk membina
negara yang lebih baik.
Pengorbanan yang dibuat Anwar sememangnya bukan sesuatu yang mudah,
namun, ia harus diteladani bukan sahaja oleh seluruh PH, ia harus
diteladani oleh seluruh rakyat Malaysia.
Suami kepada seorang isteri, Papa kepada enam orang anak, Bapa
Reformasi kepada seluruh rakyat Malaysia, sekali lagi Anwar mengingatkan
kita erti dan keperluan “korban”, walaupun sedang menderita di sebalik
jeriji besi Penjara Sungai Buloh.
Selamat Hari Ayah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terima kasih atas segala pengorbananmu.
Adrian Lim Chee En menulis bagi pihak Kempen #BebasAnwar
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Pejuang sebenar.
BalasPadam