Oleh Diyana Ibrahim
KETUA Bahagian Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos mengakui membawa
masuk sejumlah 7,000 pengundi luar ke kawasan Dewan Undangan Negeri
(DUN) Sekinchan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya ke-14
(PRU14).
Berucap merasmikan Mesyuarat Pemuda Umno Subang malam semalam, beliau
berkata sudah bertemu dengan semua 7,000 pengundi luar itu dan meminta
mereka menandatangani perjanjian untuk mengundi pada PRU14 yang dijangka
akan berlaku lebih kurang dua bulan lagi.
"Apa yang Sungai Besar lakukan tak mustahil (menjumpai) 7,000 pengundi (baru, untuk) didaftar dan dipindahkan ke Sekinchan.
"Sekurang- kurangnya dalam 7,000 ini paling kurang 85% daripada
mereka akan mengundi Barisan Nasional," katanya dalam mesyuarat yang
diadakan di SMK Sierramas Sungai Buloh Selangor malam semalam.
Di depan hampir 350 ahli Pemuda Umno Subang, beliau turut berjanji
akan membantu Umno memenangi kawasan itu dalam pilihan raya akan datang.
Katanya seperti di Sungai Besar, beliau akan membantu Subang yang
mempunyai satu kerusi Parlimen dan dua DUN dengan "membawa masuk atau
memindah pengundi" meskipun ia akan melibatkan "kos tinggi hingga
berjuta- juta ringgit".
"Kita susun (dan) rangka balik supaya DUN (Subang) kita tambah
pengundi, kita pindahkan pengundi dengan apa cara pun walau melibatkan
kos berjuta ringgit," katanya.
Selain itu, dalam majlis tersebut beliau juga mengumumkan pemberian
sebanyak RM 50 seorang kepada setiap ahli Umno yang hadir pada malam itu
untuk hanya melaungkan kata semangat “hidup Umno Subang”.
"Hidup Umno Subang, terima kasih, RM50 setiap seorang untuk laungan itu," katanya yang disusuli dengan tepukan gemuruh.
Jamal yang ditemui media selepas acara itu mengakui angka 7,000
pengundi luar merupakan gerak kerja yang digerakkan Umno Sungai Besar
selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).
"Ia berlaku selepas PRU13, dan saya memegang tampuk Sungai Besar,
kita melakukan insiatif sendiri dengan mengarahkan ketua cawangan untuk
mencari pengundi luar ini," katanya.
Katanya, 7,000 pengundi luar itu adalah daripada “DNA” Umno iaitu
kumpulan yang ibu bapa mereka tinggal di Sekinchan tetapi anak mereka
bekerja dan tinggal di luar.
"7,000 ini daripada DNA Umno, kita jumpa mereka, mereka ini pengundi baru yang tidak berdaftar.
"Mulanya kita daftarkan mereka sebagai ahli Umno dan kemudian kita daftarkan mereka sebagai pengundi.
"Sebelum ini, Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) Sekinchan Ng Suee Lim
menuduh saya membawa masuk pengundi (luar), sebenarnya ini yang
dilakukan dulu," katanya merujuk kepada dakwaan wakil rakyat DAP itu
Februari lalu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan