MARANG: Keengganan Tun Dr Mahathir Mohamad kembali kepada Umno tidak
perlu dikesali kerana situasi itu lebih baik untuk parti, kata Ahli
Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau yang juga menteri pendidikan berkata, walaupun Dr Mahathir
pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun, namun tindakannya
menyerang Umno sejak 2 tahun kebelakangan ini adalah perbuatan amat
teruk.
“Kalau dia kata tak nak masuk (Umno) pun eloklah. Kita tidak rasa
kesal langsung dengan (pendirian) itu,” katanya selepas merasmikan
persidangan perwakilan Wanita Umno Bahagian Marang hari ini.
Semalam, Dr Mahathir melalui sebuah video klip yang dimuat naik dalam
laman sosial Facebook berkata, beliau tidak akan kembali semula kepada
Umno, walaupun Datuk Seri Najib Razak tidak lagi menjadi perdana menteri
dengan dakwaan parti itu sudah jauh tersasar dari matlamat asalnya.
Ditanya sama ada Pakatan Harapan akan menjadi ancaman pada pilihan
raya umum ke-14, Mahdzir berkata, ia bukanlah perkara baharu untuk Umno
dan Barisan Nasional (BN).
“Umno dan BN telah berdepan 13 pilihan raya. Dahulu pembangkang hanya
PAS, kemudian bergabung dalam Barisan Alternatif, seterusnya Pakatan
Rakyat dan kini Pakatan Harapan. Rakyat yang akan menilai jasa kita
selama 60 tahun ini,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan