PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan (PH)
bersetuju menukar logo yang dicadangkan baru-baru ini atas permintaan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM).
Pengerusi PH itu berkata keputusan itu diambil berikutan teguran JPPM
yang berpendapat logo sedia ada yang dikemukakan PH untuk pendaftaran
adalah tidak sesuai.
“(JPPM) buat teguran berkenaan logo. Tak sesuai kerana tak bagi nama penuh (hanya letak nama Harapan).
“Jadi kita akan buat logo lain. Kita akan menyerahkan logo baharu dan
harap kita akan hantar logi baharu,” katanya pada sidang media di JPPM
ditemani pimpinan PH lain seperti Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan
Mohamad Sabu.
Logo rasmi yang dipilih gabungan itu berlatarbelakang warna merah,
dengan perkataan “Harapan” dibahagikan oleh sebuah segitiga di
tengahnya.
Isnin lalu, PH selesai mengemukakan permohonan pendaftarannya kepada
JPPM secara atas talian, di mana ia turut mengemukakan barisan
kepimpinan, logo dan perlembagaannya.
Gabungan 4 parti dianggotai PKR, DAP, Amanah dan PPBM itu merancang
bertanding di bawah satu simbol pada pilihan raya umum akan datang.
Dr Mahathir berkata PH akan cuba siapkan logo baharu dalam masa 2 hari.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan