Oleh
PAS masih parti pembangkang walaupun ia akan menentang bekas
sekutunya pada pilihan raya umum akan datang, kerana ia akan terus
melawan Umno, kata naib presidennya Idris Ahmad hari ini.
Idris berkata mereka yang menuduh PAS bekerjasama dengan Umno, perlu ingat yang lawan utama parti itu masih Umno.
“Apa mereka kata tidak betul. Terutama sekali apa dikatakan rakan
kami yang sudah kehabisan idea. Dalam ceramah mereka kata PAS hendak
sertai Umno.
“Pilihan raya akan datang ini amat penting untuk PAS, bukan kerana kami takut bertanding melawan Umno atau Pakatan Harapan.
“Ia kerana ini kali pertama kami akan melihat pembangkang melawan
pembangkang,” katanya selepas pelancaran jentera pilihan raya Permatang
Pauh di Kubang Semang hari ini.
PAS dituduh menjalinkan kerjasama dengan Umno, termasuk menerima
“dedak” daripada Barisan Nasional (BN) sejak meninggalkan Pakatan
Rakyat.
Idris yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang berkata tidak kira di
mana PAS akan bertanding – sama ada Permatang Pauh, Kepala Batas, Balik
Pulau atau kerusi lain – lawannya tetap Umno.
“Jadi bagaimana anda boleh kata kami di pihak BN? Cari benda lain nak
cakap dalam cubaan anda membunuh karier politik kami,” katanya.
Beliau juga mengingatkan pengkritik yang PAS melawan BN di setiap
pilihan raya umum kecuali pada 1974 ketika parti Islam itu bersama dalam
gabungan pemerintah.
Beliau mengecam Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad, yang baru-baru ini
menyertai pembangkang, berkata bekas perdana menteri itu patut belajar
bagaimana menjadi ahli politik pembangkang.
“Dia melawan BN untuk kali pertama. Dia baru hendak bermula. Sekarang
dia macam kami saja, tahu bagaimana rasanya bila tidak dibenarkan
menyampaikan ucapan.”
Idris berkata PAS yang mempunyai pakatannya sendiri Gagasan Sejahtera, tidak terancam dengan PH.
Katanya, PAS selama ini bersendirian melawan BN jadi tidak ada alasan kenapa ia perlu rasa terancam dengan kehadiran PH.
Pemimpin PAS itu berkata PH mungkin tidak mendapat sokongan bukan
Islam, terutama masyarakat Cina, tetapi ia berbeza dengan pengundi
Melayu.
“Melayu tidak seperti pengundi Cina. Untuk bertanding di kerusi Melayu, anda perlu jentera yang kuat,” katanya.
Beliau juga memetik kenyataan penasihat Suaram Kua Kia Soong, yang
berkata pengundi Melayu yang tidak menyokong Umno akan pergi pada PAS
dan bukannya Dr Mahathir.
“Dr Mahathir ada ‘legasi’ – perkara yang dia buat ketika pegang jawatan – dan dia tidak boleh jawab.
“Apa berlaku kepada badan kehakiman pada zamannya? Dia bukan orangnya
yang patut bercakap mengenai perubahan,” katanya menamakan beberapa
skandal yang berlaku pada zaman pemerintahan Dr Mahathir seperti Perwaja
Steel dan MAS.
Idris juga menolak kemungkinan PAS kembali kepada bekas sekutunya dalam PH.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan