Adakah Shafee dalang kontroversi jawatan ketua hakim, soal Anwar

BEKAS ketua pembangkang Anwar Ibrahim bertanya soalan cepu emas hari ini. Adakah peguam Shafee Abdullah terbabit dalam keputusan Putrajaya untuk melanjutkan khidmat Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin.

Persatuan peguam kecoh dengan spekulasi yang peguam Perdana Menteri Najib Razak memainkan peranan penting di belakang keputusan itu.

Anwar berkata beberapa bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan Majlis Peguam menyatakan pentafsiran mereka yang penyambungan itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Ketua umum PKR yang sedang dipenjarakan meminta Najib memberi penjelasan berhubung dakwaan yang sedang berlegar tindakan kontroversi itu.

“Saya difahamkan peguam Shafee terlibat dalam menyediakan pandangan perundangan serta asas untuk memutuskan perkara berkenaan penyambungan perkhidmatan Raus dan Zulkefli ini.

“Oleh itu, perdana menteri perlu pada kadar segera mengesahkan sama ada perkara ini benar atau tidak. Sekiranya benar, maka perkara tersebut perlu dimaklumkan kepada umum secara telus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Jumaat, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumkan Raus akan kekal sebagai ketua hakim untuk tiga tahun bermula 4 Ogos, selepas pelantikannya sebagai hakim tambahan di Mahkamah Persekutuan.

Zulkefli juga dilanjutkan perkhidmatannya sebagai presiden Mahkamah Rayuan untuk dua tahun dari 28 September.

Peguam mengkritik pelantikan itu dengan Presiden Majlis Peguam George Varughese menganggap ia tidak mengikut perlembagaan.

Amanah juga akan memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan itu.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan