Oleh MUHAMMAD AFIQ MHD KHAZAR
PAS Sarawak telah melangkah setapak lagi dalam usaha
melakar rajah baru dalam politik Sarawak dengan mengadakan Konvensyen
Menuju Kemenangan PAS Sarawak (KOMPAS) bertempat di Miri, Sarawak.
Program yang menghimpunkan ahli PAS dari seluruh Sarawak merangkumi
11 kawasan dan seramai hampir 170 orang ini bermatlamat untuk
penyelarasan fikrah (pemikiran) dan gerak kerja melalui perbahasan
Ucapan Dasar Presiden PAS 2017.
Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Takiyudddin Hassan,
Setiausaha Agung PAS Pusat. Beliau menekankan akan tujuan kehidupan
manusia adalah untuk "taaruf" (berkenalan) antara manusia. Beliau
menekankan akan peri penting integrasi antara kaum serta dakwah kepada
bukan islam.
Program Munaqasyah Ucapan Dasar telah dibentang oleh Ustaz Nasruddin
Hassan, Ketua Penerangan PAS Pusat. Dalam ucapan, beliau menggesa ahli
untuk merapatkan ukhuwwah serta memfokuskan kepada meningkatkan
kefahaman melalui program tarbiyah parti dalam mencipta kemenangan
sulung dalam PRU14 akan datang.
PAS Sarawak hari ini menyaksikan sokongan padu dari bukan Islam. PAS
mengiktiraf Dewan Himpunan Penyokong PAS dengan penyerahan kad ahli DHPP
kepada lebih 20 org ahli dari golongan bukan Islam.
PAS Sarawak yakin hanya dengan Islam dapat menyelesaikan permasalahan
yang melanda masyarakat dan negara. PAS Sarawak komited untuk terus
melebarluaskan gerak kerja dakwah untuk seantero Sarawak.
MUHAMMAD AFIQ MHD KHAZAR
Ketua Penerangan PAS Sarawak
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan