Retreat PAS Sarawak: Halatuju strategik 10 tahun

Oleh MUHTAR SUHAIL

 KONVENSYEN Menuju Kemenangan PAS Sarawak (KOMPAS) & Retreat Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak sesi 2017-2019 dari 29-30 Julai 2017 bersamaa 5-6 Dzulkaedah 1438H yang diadakan di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri telah berjaya menghasilkan Halatuju Strategik 10 Tahun (HASRAT) PAS Sarawak.

Tujuan Retreat kali ini diadakan ialah bagi merangka Halatuju PAS Sarawak 10 tahun ke hadapan dan membina gerak kerja tersusun, digerakkan dan dipantau. Program dihadiri oleh AJK Badan Perhubungan PAS Sarawak, Ketua dan Setiausaha Dewan-Dewan Negeri (Ulama, Pemuda, Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)) serta YDP dan Setiausaha 11 PAS Kawasan di Sarawak.

Retreat PAS Sarawak ini telah dikendalikan oleh Pemudahcara/ Fasilitator dari Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) iaitu Ir. Hadi B Amat dan Sdr Mohd Effandi Mohd Noor dan juga pasukan Sekretariat dan Lajnah Pemerkasaan Parti PAS Sarawak.

Lima fokus PAS Sarawak:
1. Siyasah (Politik)
2. Dakwah & Pendidikan
3. Tarbiyah & Pengkaderan
4. Kebajikan & Kemasyarakatan
5. Dana & Kewangan

Program diakhiri dengan resolusi yang merupakan komitmen menjadikan PAS wadah alternatif pilihan rakyat ke arah Sarawak yang berkebajikan dan sejahtera serta beristiqamah memperkasa dan melaksanakan HASRAT 2017-2027.

Semoga usaha kita untuk memartabatkan Islam melalui perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendapat keredhaan daripada ALLAH SWT.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan