Majlis Presiden penentu keputusan dalam Pakatan Harapan

Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan tidak sesekali mempunyai kuasa 'penentu' (dictate) terhadap sebarang keputusan dalam Pakatan Harapan.

Presiden Amanah Mohmad Sabu menjelaskan ssetiap keputusan yang dibuat oleh Pakatan Harapan adalah hasil daripada konsensus bersama empat parti gabungan di bawah Majlis Presiden Pakatan Harapan.

"Kita dapati Dr Mahathir tidak 'dictate' keputusan bahkan ada pandangan beliau yang juga ditolak. Bila majoriti menolak pandangan atau cadangannya, beliau menerima keputusan majoriti.
"Dalam Pakatan Harapan pendirian bersama itu diambil bukan keputusan seseorang.

"Setiap wakil parti mereka bebas berhujah dan memberi pandangan.Kadangkala pandangan yang dibawa oleh sebuah parti ditolak kemudian dicadangkan pandangan lain dan diterima secara umum, itu akan menjadi keputusan Pakatan Harapan.

"Ertinya sebarang keputusan bersama konsesus antara empat parti.Majlis Presiden Pakatan Harapan adalah janji manifestasi pembaharuan dalam Pakatan Harapan," ujarnya dalam satu temubual dengan media Oren parti itu..

Beliau diminta mengulas berkaitan struktur Pakatan Harapan yang diumumkan pada 13 Julai lalu.
Terdapat pihak yang menyuarakan keraguan mereka siapa yang mempunyai kuasa eksekutif untuk membuat keputusan kepada dasar-dasar dalam Pakatan Harapan apabila Majlis Presiden Pakatan Harapan secara konsensus melantik Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden bagi jawatan tertinggi parti gabungan itu.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad pula menerangkan, pertikaian siapa yang lebih memegang kuasa eksekutif dalam gabungan empat parti seperti PKR,DAP, Amanah dan Bersatu sepatutnya tidak perlu dipersoalkan.

"Siapa yang berkuasa, siapa yang ada kata putus persoalan yang tidak begitu relevan dalam keadaan di mana keputusan dibuat dalam musyawarah.

"Pengerusi berperanan mempengerusikan Majlis Mesyuarat Presiden untuk menentukan perbincangan dan perbahasan dilakukan secara menyeluruh hampir semua pihak dibenarkan untuk bersuara.

"Presiden pula terlibat dalam perbincangan tetapi pelaksanaan keputusan Majlis Presiden itu lebih ditanggungjawabkan ke atas Presiden sebagai fungsi eksekutifnya.

"Persoalan siapa yang mempunyai kuasa, sebenarnya kuasa ada pada Majlis Presiden itu sendiri," ujarnya.

Manakala Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir pula berkata, struktur dalam Pakatan Harapan adalah berbeza dengan Barisan Nasional (BN).

"BN berdasar kepada penguasaan satu parti- parti teras. Kita tidak ada satu parti teras. Kita adalah gabungan empat parti," terangnya.

Majlis Presiden Pakatan Harapan dilihat sebagai satu manifestasi pembaharuan dalam Pakatan Harapan untuk rakyat negara ini dalam usaha untuk menawarkan satu bentuk pemerintahan yang lebih baik daripada Umno-BN.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan