Pakatan Rakyat masih wujud di Selangor, kata Azmin

Oleh Muzliza Mustafa 

SELANGOR akan terus ditadbir Pakatan Rakyat yang kini sudah bubar kerana ia mandat yang diberikan rakyat, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini.

Azmin berkata demikian ketika menjawab soalah mengapa tidak wujud Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri Selangor.

“Dalam konteks negeri, Pakatan Rakyat masih wujud kerana itu ialah mandat yang diberikan rakyat.
“Selaku menteri besar Selangor saya akan melaksanakan mandat yang diberi rakyat semasa pilihan raya lepas, dalam konteks Pakatan Harapan,” katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya lagi menjalankan kepercayaan yang diberikan lebih mustahak berbanding menubuhkan struktur PH.

“Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) baru sertai. Tetapi di peringkat kebangsaan kita masih belum selesaikan isu struktur.

“Kita masih tidak tahu siapa pengerusi Pakatan Harapan. Jadi selesaikan dulu perkara di peringkat kebangsaan sebelum sampai peringkat negeri,” katanya.

Katanya juga, PH boleh terlibat dalam percaturan strategi untuk pilihan raya akan datang.
Pakatan Rakyat terbubar apabila PAS dan DAP memutuskan ikatan antara satu sama lain pada Julai 2015. PKR, DAP dan parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) kemudiannya membentuk Pakatan Harapan yang turut disertai Bersatu selepas itu.

Pemimpin Amanah Selangor sebelum ini menggesa Azmin yang juga merupakan timbalan presiden PKR untuk menghentikan cubaan membentuk pakatan pilihan raya dengan PAS dan hanya memfokuskan kepada pembentukan sekretariat PH peringkat negeri bagi mendepani pilihan raya akan datang.

Pengerusi Amanah Izham Hashim berkata yang penubuhan sekretariat itu sudah dipersetujui DAP, Amanah dan Bersatu, tetapi PKR masih berdolak-dalih.

Katanya walaupun negeri masih belum menubuhkan pakatan itu, beberapa kawasan dalam Selangor-seperti Shah Alam dan Kapar- sudah menubuhkan sekretariat PH.

Izham juga berkata yang harapan PKR untuk mewujudkan perjanjian dengan PAS tentang kawasan mana yang akan ditandingi tidak realistik, kerana Amanah dan Bersatu merancang untuk bertanding di kesemua 20 kerusi negeri yang diingini PAS dalam pilihan raya.

Izham juga menambah yang dia memahami mengapa Azmin masih mahu mengekalkan ahli exco PAS dalam Selangor buat masa sekarang, tetapi menegaskan yang PH perlu dibentuk di peringkat negeri bagi memperkuatkan pakatan pembangkang sekarang
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan