Ahli Parlimen Sedang, Dr. Ong Kian Ming berkata, Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) ternyata gagal mematuhi Perlembagaan Persekutuan dalam
melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya di Selangor.
Beliau berkata demikian merujuk kepada Syor 2 Persempadanan Semula
kawasan pilihan raya di Selangor yang dikeluarkan oleh SPR 15 Januari
lalu.
“Sekali imbas Syor 2 mengembalikan sempadan kerusi-kerusi di Selangor
kepada sempadan yang digunakan dalam pilihan raya umum 2013, dengan
pengecualian kepada lima kerusi parlimen dan pertukaran nama satu kerusi
parlimen dan empat kerusi negeri.
“Tetapi, dengan kembali kepada satus quo PRU13, SPR telah menunjukkan
bahawa ia gagal mencapai salah satu daripada objektif persempadanan
semula dibuat, iaitu untuk mengurangkan ketaksamaan antara jumlah
pengundi dalam kerusi parlimen atau negeri,” kata beliau dalam satu
kenyataan hari ini.
Sebagai contoh kata beliau, kerusi parlimen Kapar (146,317 pengundi)
masih empat kali ganda jumlah pengundi daripada pengundi di parlimen
Sabak (37,126) dalam Syor 2.
Adalah sukar bagi SPR yang bebas dan tidak memihak untuk menggunakan
hujah “pertimbangan faktor luar bandar” bagi perbezaan empat kali ganda
ini di negeri seperti Selangor ini kerana malahan kawasan-kawasan
seperti Sabak Bernam dan Tanjung Karang mempunyai jalan perhubungan yang
sangat baik seperti lebuh raya, tambah beliau.
Pada masa sama kata beliau lagi, SPR gagal mengurangkan ketaksamaan
jumlah pengundi di kerusi-kerusi negeri, walaupun ia terletak dalam
daerah yang sama.
Sebagai contoh katanya, jumlah pengundi di Seri Serdang dalam Syor 2
adalah 74,563 dan di Kinrara 34,910, sedangkan kedua-dua kerusi tersebut
di bawah kerusi parlimen P103 Puchong dan sama-sama di bawah juridiksi
Majlis Perbandaran Subang Jaya.
Hakikat bahawa jumlah pengundi Seri Serdang yang dua kali ganda
daripada jumlah pengundi Kinrara ini, walaupun kedua-duanya kerusi
bandar, merupakan suatu pelanggaran kepada Seksyen 2(C) Peraturan 13
Perlembagaan Persekutuan, kata anggota parlimen DAP itu.
“Bagi sebuah negeri yang mengalami pertumbuhan pesat seperti
Selangor, apa yang perlu dilakukan SPR ialah menambah jumlah kerusi
parlimen dan juga negeri untuk mengurangkan percanggahan jumlah pengundi
di kerusi negeri dan juga parlimen.
Menurut beliau, Seksyen 2(C) Perlembagaan Persekutuan menyatakan
bahawa jumlah pengundi dalam satu-satu kawasan pilihan raya negeri
mestilah lebih kurang sama kecuali atas pertimbangan sama ada bandar
atau luar bandar.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan