Oleh HARITH ABDUL RANI
Saya keluar dari kepompong Melayu Islam di universiti dua tahun yang
lalu, mulaibergaul silang bangsa secara rapat dalam tempoh itu juga.
Baru saja memulakandiskusi rentas agama dengan rakan-rakan Kristian,
Hindu, dan Sikh sekitartempoh yang sama.
Barangkali kamu tahu saya ini peminat tegar Dr. Zakir dan gurunya
Syeikh AhmedDeedat. Tanyakan saja keluarga terdekat saya, juga
rakan-rakan yang mengenalisaya secara berdepan, lebih-lebih lagi yang
berada dalam Pas dahulu.
Melihat kepada respon culas minda pengguna siber yang kerap kali
diterjemahkanke dalam dunia sebenar, juga setelah membaca buku “Thinking
Fast and Slow”tulisan pemenang hadiah Nobel ekonomi Daniel Kahneman,
saya dengan sedarmemilih untuk tidak menggunakan cara Dr. Zakir dalam
dialog kecil saya ini,apatah lagi dalam dialog yang besar-besar.
Respon dan post yang kebanyakannya bersifat melatah berkaitan video
Dr.Mujahid di IKIM menguatkan lagi pendirian saya.
Bezanya saat ini,
setelah mendengar cuplikan ucapan Dr. Mujahid itu, yang melatah ialah
orang Islam meski bukan agama mereka yang diperkatakan.
Hanya dengan satu tokoh saja dikritik, Dr. Zakir Naik, sudah cukup membuatkan mereka tidak senang duduk.
Bagaimanalah pula jika Tuhan/Dewa orang bukan Islam dipetik di
khalayak umum lalu lawan Tuhan mereka diangkat? Apakah orang bukan Islam
tidak akan melatah bila agama mereka diperkatakan, dengan latar minda
yang saya sebutkanawal tadi? Apa pula yang akan berlaku seterusnya?
Islam diterima, negara sejahtera?
Barang mungkin kita terlupa firman Allah Takala dalam surah al-Anʿām
5:108 agar tidak merendahkan sembahan manusia yang lain, nescaya
merekamerendahkan pula Allah Ta’ala atas kejahilan dan permusuhan.
Bukanlah sayamengatakan Dr. Zakir ini siang dan malamnya menghina
agama lain, sama sekalitidak. Tetapi tema dan pembawaannya ada sesuatu
yang tidak kena denganmasyarakat majmuk Malaysia ini.
Manhaj perbahasan yang dibawa Dr. Zakir ada latar kemunculannya. Ia,
dalamsejarah moden, bermula di Durban Afrika Selatan saat mubaligh
Kristian datang memperkecil-kecilkan kepercayaan seorang anak kecil
penjaga kedai runcit di situ.Anak kecil itu orang susah, datang dari
India mencari kehidupan di Afrika Selatan.
Namanya – Ahmed bin Deedat. Terkesan dengan penghinaan itu,
pergulatanberlaku dalam diri. Dengan tekad yang tulus, Ahmed bertemu
buku Syeikh Rahmatullah Kairanawi di sebuah stor. Buku yang sudah
berhabuk itu dicapainya,dibersihkannya, dan tertulis di situ “Izhār ul-Haqq” (Menzahirkan Kebenaran).
Menariknya, buku ini juga ditulis berlatarkan penentangan keras
British ke atas umat Islam dan kepercayaannya saat India masih di bawah
penjajahan.
Metod ‘dialog-tempur’ ini diambil oleh anak kecil yang sedang
meningkat remaja itu, lalulahirlah tokoh yang dikenali seantero dunia
Islam – Syeikh Ahmed Deedat.Metod itu diturunkan kepada perintisnya yang
paling cerdas, dilatih sendiri olehbeliau selama beberapa tahun. Maka
lahirlah generasi kedua suara pendakwahIslam versi ‘dialog-tempur’ ini —
Dr. Zakir Naik. Seorang doktor bedah, seorang pendakwah.
Soalnya, apa latar dan motif kemunculan gerakan ‘televangelis Islam’
ini sama dandiperlukan oleh tanah kita? Mubaligh Kristian mana yang
begitu kombatif untuk kita bertindak agresif meski secara kalamnya? Atau
apakah kita tanpa disedariyang terlalu kombatif, lalu golongan bukan
Islam menjadi agresif, dan tidak semena-mena kita pula berasa terancam?
Dan kita pula cuba mendiamkan mereka kerana mereka ini ‘mengancam’
Islam?
Dari sudut yang lain, bagaimana pula dengan soal penerimaan manhaj
ini? Sepertiyang dinyatakan, sudah tentu suara-suara yang menentang
sudah lama kedengarandi tanah ini, baik individu mahupun organisasi.
Sudah tentu juga suara-suara itu pertamanya suara golongan bukan Islam.
Mereka sudah sepatutnya berasa terancam dan diperkecilkan. Dan kita pula
cuba mendiamkan mereka kerana mereka bukan Islam?Kepincangan apakah
ini?
Lalu dan keduanya, perbincangan seperti ini jika benar-benar dengan
disiplinperbandingan agama, harus disediakan ruangnya. Yang dimaksudkan
ialah perluada ruang umum dan ruang khusus. Ia perlu menjadi hidangan
khusus untukkelompok yang berkapasiti, bukan untuk khalayak umum yang
mindanya lebih senang dengan filem “Hantu Kak Limah” dan “Langsuir”
berbanding “Pulang” dan “Crossroad: One Two Jaga” (maaf, selingan). Dan
kelompok yang berkapasiti ini, semisal warga universiti, mestilah pula
dalam jumlah yang tidak terlalu ramai dan terkawal, dengan anggapan
warga universiti juga bukan jenis “Hantu Kak Limah.”
Rasulullah tidak langsung naik ke Bukit Saffa itu melainkan tiga tahun sudah berlalu, bukan?
Pada masa yang sama, setiap orang daripada agama yang berbeza diberi
peluangyang sama luas untuk bersuara dalam ruang ini, tanpa latar
sekeliling menjadikanmereka berasa persis warga kelas kedua; dengar
angguk, tidak setuju diam (atau keluar).
Barulah pertukaran pendapat berjalan dengan semangat mencari
kebenaran dan saling mempelajari; bukan seorang di atas pentas dengan
segalacemerlang cahayanya, selebihnya di bawah beratur untuk sekadar
bertanya dalam
had masa yang singkat.
Kita mahu manusia menerima Islam dengan lapangnya dada, bukan dengan
sempit sesaknya rasa. Setelah kebenaran disampaikan dengan jelas dan
tenteram, barulah kita benar-benar dapat membacakan “lā ikrāha fi-ddin”
kerana telah terlaksana “qad tabayyanar-rusydu min-al-ghay.”
Saya mula merenung pendirian saya akan manhaj Dr. Zakir ini saat di
RumahShah Alam, sewaktu pilihanraya kecil di Sg. Besar tahun 2016. Hari
itu hariJumaat. Hari hujan, kami tidak dapat keluar berkempen seusai
solat. Isu Dr. Zakirbaru saja meletus, dan satu tulisan diangkat di
laman sesawang IRF bertajuk “ZakirNaik’s Appeal and the Quagmire of
Inter-religious Relations in Malaysia” oleh Mohamed Imran Mohamed Taib.
Saya membacanya dengan cemas. Kepercayaanku dirobek-robek. Tetapi apa
yang dibangkitkan beliau bernas sekali. Saya termenung sendiri.
Proses perbahasan silang agama ini penting, sebagaimana penting juga
prosesmemahami budaya dan bahasa silang bangsa. Ia harus bermula dengan
‘tadarruj’sedikit demi sedikit, mematangkan masyarakat kita dengan
ide-ide besar danbernas, cinta kepada ilmu dan menghargai kehalusan seni
daripada mana juasumbernya.
Bukan seperti seorang kyai tua dalam filem Sang Pencerah, melarang
Kyai Dahlan menggunakan kerusi meja di madrasahnya hanya kerana ia
buatan‘orang kafir,’ menyerupai sekolah Kweekschool.
Pada satu detik di masa depan, saat filem persis “Pulang” meraih
jutaan ringgitseminggu di Malaysia mengatasi filem searas “Hantu Kak
Limah,” barangkalipendekatan yang lebih terbuka manhaj Dr. Zakir ini
boleh kita mula tonjolkan.
Tidak perlu dibawa masuk dari luar, kita sendiri boleh mengangkat
tokohnya.Orang-orang hebat bukan langsung tiada daripada bangsa kita,
yang faham benarisu-isu sulit dan genting tanah kita ini. Saat itu
harapnya bangsa yang ada bukanlagi bangsa Melayu, Cina, atau India.
Tetapi — Bangsa Malaysia. Majmuk danharmoni.
Yang pastinya hal itu bukan hari ini. Fiqh Malizi perlu dikuatkan
modelnyadahulu. Ilmu dan pembacaan kritis wajib dibudayakan. Kritikan
bernas perlu terusdilantunkan; biar tenggelam habis hamis maki-makian,
malu sendiri yang tidakterpelajar (dan malas belajar).
Apapun, jika kita lebih selesa berfikir melulu, melatah ke hilir dan
ke hulu, silakansaja. Masa dan keazaman massa akan mengubah kita, atau
kita pupus di tanahsendiri.
Jangan sampai dipekik dilaung tanah ini tanah “Melayu Islam,” tetapi
bak kata Syeikh Muhammad Abduh — “Aku melihat qaum muslimin tetapi aku
tidak melihat Islam.”
Saya optimis ini bukan masa depan kita, meski ia pasti sukar. Ke arah Malaysia yang lebih baik.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan