Oleh Zainuddin Maidin
Kesilapan moral Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menimbulkan soal keturunan dalam
kepimpinan Umno hingga menjadi bahan lucu dalam Parlimen tidak penting.
Namun yang penting sekarang, tindakan itu memarakkan "fitnah" Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menutup blunder Zahid.
"Fitnah" itu telah menimbulkan prasangka buruk antara kepimpinan dan
ahli akar umbi yang boleh memecah-belahkan perpaduan Umno yang seberapa
daya cuba dibendung oeh presidennya Datuk Seri Najib Razak.
Semua
jentera porpaganda Umno sekarang dikerahkan untuk menyemarakkan dakwaan
Mahathir mengatakan Ahamda Zahid meminta pertolongannya untuk
menggantikan Najib sebagai perdana menteri tidak lama selepas Najib
melantiknya menjadi timbalan sebagai fitnah.
Apakah ini benar-benar fitnah?
Cuba diperhatikan dalam persengketaan Umno dengan Mahathir, Ahmad
Zahid. Mahathir nampak seperti ada satu macam persafahaman antara mereka
dengan dirinya tidak pernah menyerang Ahmad Zahid dan Ahmad Zahid pula
berhati-hati dalam menyerang Mahathir.
Bagaimanapun Ahmad Zahid barangkali menyedari bahawa sikapnya ini
disedari tidak menunjukkan kesetiaan yang cukup dan tidak membantunya ke
arah No 1 dan beliau memerlukan tindakan lebih berani dan agresif untuk
menyerang Mahathir.
Seperti kebiasaannya dalam beberapa kes, beliau gone overboard dan kali ini terperangkap dengan keterlanjurannya sendiri.
Mahathir kehilangan satu-satunya orang harapan dalam Umno dan Ahmad Zahid kehilangan kredebiliti di dalam dan di luar parti.
Malangnya media yang lantang ke hadapan untuk memulihkan imejnya juga
tidak lagi berkredibliti, tidak dibaca dan tidak ditonton oleh ramai
orang.
Kesilapan
besar bukan fakta kad pengenalan (IC) Mahathir atau Mahathir pecah
rahsia Ahamd Zahid minta pertolongannya untuk jadi PM.
Namun Ahmad Zahid telah memberikan senjata kepada Mahathir dalam
keadaan beliau memerlukannya dan lebih buruk lagi mereka yang tampil ke
hadapan untuk menjalankan gerakan pembersihan fitnah dengan mendakwa
Mahathir berbohong terdiri dari hingus politik Umno.
Budak-budak ini tidak tahu sejarah Umno. Mahathir membunuh musuh
politiknya Tun Musa Hitam yang mahu merebut jawatannnya dengan
mendedahkan surat Musa mahu Tengku Razaleigh Hamzah disingkirkan dari
parti dan marahkan Mahathir kerana melantiknya semula sebagai menteri.
Sampai sekarang Musa dan Tengku Razaleigh dalam keadaan mata berpandangan, hati berdendaman.
Mahathir tidak ada kerugian apa-apapun bila dihina sebagai keturunan
keling. Ahmad Zahid telah memberikan bola changgung (istilah sepak
takraw) kepada bekas perdana menteri itu tepat pada masanya. Jadi, dia
tendanglah. Budak-budak berhingus Umno sedang mengutip bola.
TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN bekas menteri penerangan
dan bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu. Artikel ini dimuatkan
kali pertama dalam blog beliau dengan tajuk asal "Fitnah apa? Zahid beri
bola changgung, Mahathir tendanglah”.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan