Nik Mohamad Abduh yang juga anggota Parlimen Bachok berkata tindakan itu diambil selepas berbincang dengan rakan-rakan dalam parti bagi menutup sebarang isu yang mungkin akan digunakan oleh pihak lawan untuk memfitnah PAS.
“(Penafian terhadap rakaman audio) itu disiplin dalam parti. Kita mesti mengajar disiplin sama seperti bercakap benar. Tapi saya tangguh dulu, bincang dengan kawan-kawan dalam parti kerana ia melibatkan soal jemaah.
“Kalau saya benar, saya jawab sungguhlah audio itu suara saya, tapi bukan soal reputasi saya tapi soal parti,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini, selepas pulang dari menghadiri mesyuarat PAS Pusat di Kuala Lumpur hari ini.
“Sebagai contoh ada orang yang dizalimi dikejar penzalim dan orang yang dizalimi lari minta pertolongan kita. Kita sembunyikan orang yang dizalimi dalam rumah kita. Kalau orang cari, kalau kita bercakap benar, maknanya kita bantu orang yang menzalimi maka pada masa itu ulama kata menipu adalah wajib. Itu dalam bab al-Kazib.
“Jadi saya memilih dalam bab Islah, nak jaga hubungan keharmonian dalam masyarakat supaya tidak mempercayai fitnah politik yang akan digunakan oleh Pakatan Harapan pada masa itu dan sampai sekarang. Maknanya pada masa itu PAS berdepan serangan fitnah sehingga kita terpaksa berhabis berjuta ringgit untuk membersihkan (nama),” katanya.
Semalam, PAS dilaporkan mengesahkan rakaman audio perbualan seorang individu menyentuh isu PAS menerima dana daripada Umno memang suara milik Nik Mohamad Abduh.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dipetik sebagai berkata perkara itu telah diakui Nik Mohamad Abduh sendiri namun konteks sebenar perbualan tersebut tidak diambil secara keseluruhan. — Bernama
Perghhhh, dia punya hukum. Kalau dia dan PAS yang menipu, HALAL. Kahkahkah. Inilah pengkhianat sebenar terhadap hukum-hakam Islam!
BalasPadam