Oleh DR AZMAN IBRAHIM
PROSES untuk PAS membatalkan tahaluf dengan DAP atau PKR bermula dengan usul di mesyuarat agung cawangan. Kemudian usul dibawa ke mesyuarat agung kawasan.
Selepas diterima di peringkat kawasan, usul akan dihantar ke Jawatankuasa Usul Muktamar Tahunan PAS Pusat. Usul yang diluluskan oleh Jawatankuasa Usul akan dibentangkan dan dibahaskan dalam Muktamar PAS Pusat.
Lulus dalam muktamar, usul akan diangkat pula untuk penelitian Majlis Syura Ulamak PAS (MSU).
Sekadar makluman, antara Ahli Majlis Syura Ulamak PAS ialah guru kepada beberapa orang Mufti di Malaysia sekarang. Dengan istilah lain, ada mufti yang pernah menjadi anak murid kepada Ahli Majlis Syura Ulamak PAS. Itulah gambaran tahap keilmuan mereka yang menganggotai MSU.
Keputusan Mesyuarat MSU akan diserahkan pula kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dibincangkan tindakan dan langkah politik selanjutnya.
Beginilah telitinya proses membuat keputusan dalam PAS sama ada untuk mengadakan tahaluf atau membatalkan tahaluf dengan mana-mana parti lain. Sebab itu anda perhatikan PAS tak 'kluk klek' dalam membuat keputusan besar. Sebab itu juga anda akan dapati PAS tidak buat U-turn selepas memutuskan suatu keputusan besar. Kerana kita ada proses yang amat teliti dalam membuat keputusan. Bukan keputusan ikut emosi dan ikut terlintas.
Kerana itu janganlah buat persepsi dan janganlah viral macam-macam info yang tak betul bila Azmin dan Wan Azizah pergi ziarah Tuan Guru Presiden PAS. Bila kita faham bagaimana proses membuat keputusan besar dalam PAS, kita akan tenang dan meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada pimpinan untuk memutuskan yang terbaik bagi perjuangan ini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan