Oleh Mohd Sayuti Omar
Suka saya untuk mengangkat tabik tinggi-tinggi kepada Pas yang
tegas dan konsisten dalam keputusan yang diambilnya. Ini dirujuk kepada
kenyataan dikeluarkan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Zuhdi Marzuki (yang
mengatakan Pas sukar untuk menerima ajakan PKR supaya parti itu
berkolaborasi dengan PKR (Pakatan Harapan) untuk mengelakkan berlaku
pertandingan tinggi penjuru.
Kata Zuhdi seperti dilaporkan, jentera Pas sudah bersiap sedia untuk
berhadapan tiga penjuru dalam Piraum akan datang. Kerjasama itu
menyukarkan Pas dan tidak mungkin kerana Pas sudah mengatur strateginya.
"Kalau Pas menerima pelawaan itu Pas kena pusing 180 darjah," begitu
katanya membayangkan pelawaan PKR itu mustahil dipenuhi.
Zuhdi cukup yakin dengan strategi diambilnya kerana
mengikut kajiannya pengundi Melayu mahukan Pas bertanding secara
bersendirian. Tidak mungkin Pas mengubah pendirian itu.
Iya, sikap dan pendirian seperti itulah yang kita mahu, tegas dan jelas
bukan kelabu dan berbaur-baur. Dalam hal ini Pas tidak menjadi seperti
lalang kerana ingin mengejar kemenangan yang belum pasti. Inilah
kebabilan Pas.
Soal apakah Pas akan menang dengan tindakan itu, itu soal lain. Apa yang
kita hormat ialah Pas tegas dan istiqamah dengan pendiriannya. Sikap
sebeginilah tidak menyusahkan ahli dan penyokong bawahan. Syabas.
Tegas dengan keputusan dan pendirian diambil menyebabkan parti akan
dihormati, sepadu dan tidak ada dua atau lima kepala dalam parti. Ahli
dan penyokong juga tidak pening kepala, teori dan formula mana yang
hendak dipakai. Ia juga sejajar dan sesuai dengan wajah parti itu
beridentitikan agama.
Zuhdi membuat penegasan demikian sebagai mengulas, kenyataan Presiden
PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail membayangkan Pas masih boleh diajak
berunding untuk bersama pembangkang.
Kenyataan Dr Wan Azizah itu juga dipercayai dikeluarkan ekoran kunjungan
beliau bersama Azmin Ali ke atas presiden Pas Abdul Hadi Awang dua tiga
hari lepas. Sikap ditunjukkan Dr Wan Azizah itu boleh diterjemahkan
beliau (PKR) tidak begitu yakin dengan Dr Mahathir Mohamad?
Jelas Zuhdi lagi sebarang rundingan dengan PKR menyebabkan jentera
pilihan raya Pas terpaksa dipusing 180 darjah dan tentunya kerja
mengubah keputusan tidak disukai kerana ia sama dengan kerja wanita tua
kurang siuman yang disebut dalam Quran yang kerjanya memintal tali
kemudian merombaknya kembali.
Sudah pasti Zuhdi dan Pas tidak mahu mengikut rentak dan gaya politik "machiavelisme" PKR menjadi seperti wanita tua berkenaan.
Kenyataan Zuhid itu sejajar dengan kenyataan dikeluarkan oleh bekas
Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) Kahiruddin Aman Razali yang meminta
PKR bertaubat "nasuha" sebelum hendak berbaik dengan Pas. Kenyataan
Khairuddin itu sebagai menempelak usaha PKR untuk membawa Pas kembali
bersama pembangkang.
Kenyataan Khairuddin itu walaupun nampak sombong, dan menggambarkan Pas
sudah "menukul mati" pakunya bersama Umno, tetapi itulah kenyataan
sepandan dengan sikap dolak dalik, atau pun hidung tidak mancung pipi
tersorong-sorong diamalkan oleh Azmin Ali yang ikut mengheret sama Dr
Wan Azizah dalam permainan sihir politiknya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan