SHAH ALAM: Sebagaimana program Nothing to Hide dua tahun yang lalu,
Nothing to Hide 2.0 berlangsung di sini hari ini tanpa kehadiran Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Walaupun jemputan telah dibuat, Najib tidak hadir untuk memenuhi
undangan Dr Mahathir yang ingin menjadikan pentas tersebut sebagai medan
perdana menteri dan beliau menjawab segala isu yang berlaku di bawah
pentadbiran kedua-dua pemimpin itu.
Oleh itu, program tersebut hanya menempatkan Dr Mahathir seorang diri di atas pentas sebagai ahli panel.
Program ini juga menyaksikan tiada pemimpin Umno hadir termasuk ahli
Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Puad Zarkashi yang sebelum ini menawarkan
diri untuk berdebat dengan Dr Mahathir sebagai pengganti kepada Najib.
Dr Mahathir dalam komennya dari pentas berkata, perdana menteri “kemungkinan ada program lain.”
Terdahulu bekas perdana menteri 22 tahun itu bersama isteri tiba di
Dewan Raja Muda Musa di sini, di mana berlangsungnya forum kira-kira jam
3.30 petang menaiki kereta Proton Perdana sambil disambut dengan
laungan “hidup Tun”.
Bulan lalu, Dr Mahathir mempelawa Najib ke forum itu bagi menjawab segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan.
Pada 25 Julai sekumpulan ahli Pemuda PPBM hadir di Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) bagi menghantar jemputan rasmi kepada Najib
menghadiri forum “Nothing To Hide 2.0” yang dianjurkan oleh PPBM.
Program Nothing To Hide julung kali dianjurkan pada 5 Jun 2015 di
PWTC. Najib yang diundang menghadiri forum itu tidak muncul atas faktor
keselamatan. Sebaliknya hanya Dr Mahathir yang berucap.
Antara pemimpin Pakatan Harapan yang hadir hari ini ialah Khalid
Abdul Samad, Dr Daroyah Alwi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri
Muhyiddin Yassin, Zuraida Kamaruddin, Ng Suee Lim, Lim Guan Eng, Lim Kit
Siang, Datuk Zaid Ibrahim, serta pimpinan Pakatan pembangkang lain.
Lebih 500 orang membanjiri dewan itu yang pentasnya dihiasi mirip program TN50.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan