“TAK, tak, tak. Semua ini nama pelik,” kata Nur Sida, seorang pesara
selepas ditunjukkan senarai 358 yang kononnya adalah jiran di kampungnya
di Rizab Sarbini, sebuah kampung di jalan agak terpencil dengan hanya
ada sembilan rumah.
Suri rumah berusia 55 tahun itu menetap di Sungai Labu sejak empat
dekad lalu, kawasan tanah rizab Melayu di bahagian pantai bandar
Sekinchan, Selangor.
Menurut daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tahun lalu, ia
juga alamat kediaman bagi pendaftar berdaftar baharu, ada yang sejauh
dari Sabah.
Sesetengah rumah mempunyai nama Cina dan India, di mana penduduk
berkata perkara itu mustahil kerana tanah rizab Melayu hanya boleh
dijual pada Bumiputera.
“Mereka orang luar. Mereka langsung tidak ada kaitan dengan tanah
ini,” kata Samsudin Abdullah, ketua kampung sebelah, Kampung Tali Aur 8.
“Kami tidak suka orang yang datang sini hanya sekali, pada hari
mengundi dan kemudian mereka mempengaruhi pentadbiran kawasan kami. Kami
tak suka,” kata petani berusia 50 tahun itu.
Kampung Tali Aur 8 menyaksikan 419 pengundi baharu yang berdaftar
dalam draf tambahan daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini.
SPR kemudian memansuhkan kebanyakan pengundi baharu itu susulan bantahan Adun Sekinchan daripada DAP Ng Suee Lim.
Menurut data daftar pemilih SPR, 16,247 pengundi di Sekinchan terdiri
daripada 56% Cina, Melayu (42%) dan India (2%). Majoriti masyarakat
Melayu di situ terdiri daripada orang Jawa dan Banjar.
SPR kini mengelaskan data demografi. Mana-mana orang dalam daftar
pemilih sesebuah kawasan boleh mempertikaikan kesahihan pengundi baharu.
Pembantah hanya dibenarkan membantah sekali dan tidak lebih 20
pengundi baharu. Setiap bantahan tertakluk kepada yuran RM10 dan perlu
didatangkan dengan bukti yang pengundi baharu itu bukan penduduk sah
kawasan berkenaan.
“Banyak masa saya terbuang. Setiap kali, saya menghabiskan 100 jam
kerja dan perlukan sekurang-kurangnya 50 penyokong untuk bantu saya buat
bantahan terhadap senarai baharu setiap tiga bulan,” kata Ng.
Ng yang memegang kerusi Sekinchan sejak 2004 mula membuat bantahan
sejak suku keempat 2016, ketika beliau menahan 1,191 pengundi baharu
termasuk 358 yang baru berdaftar di Rizab Sarbini.
“Ada tujuh nama Orang Asli dalam senarai itu,” kata Ahzaman Mat Noor, 52, ketua kampung di Kampung Tali Air 7.
“Kami tidak bantah pengundi mendaftar. Kami tidak boleh benarkan orang luar tentukan masa depan kami,” kata bekas nelayan itu.
Chia, pemborong ikan jenahak yang menetap di Sekinchan sejak 40 tahun
lalu, menyalahkan Umno atas dakwaan peningkatan jumlah pengundi itu.
“Apa yang mereka buat ini rasis. Mereka cuba menambah jumlah penyokong di kawasan majoriti Cina.
“Orang macam saya jadi minoriti di kawasan kami sendiri,” katanya yang juga ahli Gerakan.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan