PENGUNDI dari Kuala Lumpur, Melaka dan malah sejauh Sabah diberikan
alamat di Sekinchan, Selangor, secara automatik menjadikan mereka
pengundi di kawasan itu, kata DAP yang mendakwa ia antara contoh
penipuan pilihan raya.
Sejak suku ketiga tahun lalu, DAP membantah hampir 3,000 pengundi
berdaftar dalam draf tambahan daftar pilihan raya yang disiarkan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setiap tiga bulan.
Adun Sekinchan Ng Suee Lim daripada DAP berkata di beberapa
perkampungan kecil dengan sembilan atau 10 rumah, terdapat ratusan
pengundi berdaftar termasuk Cina, India dan Orang Asli.
“Ini perkampungan tradisional Melayu di mana orang bukan Melayu tidak
pernah tinggal di sini,” katanya
Ng berkata betul apa yang Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal
Yunos kata dia daftarkan 7,000 pengundi baharu tetapi menuduh pemimpin
Baju Merah itu mendaftarkan pengundi Cina dan India sebagai penduduk di
tanah rizab Melayu.
Kerusi Parlimen Sungai Besar meliputi dua kerusi DUN – Sekinchan dan
Sungai Panjang. Ng percaya majoriti daripada 7,000 pengundi baharu itu
didaftarkan di Sungai Panjang.
“Tanah rizab Melayu tidak boleh dijual pada bukan Melayu,” kata Ng,
Adun Sekinchan sejak tiga penggal lalu. Beliau memenangi pilihan raya
sebelum ini dengan majoriti 2,239 undi.
Pengundi baharu berkenaan disyaki didaftarkan di beberapa kampung
termasuk Kampung Tali Air 6 hingga 9, Kg Parit 7 Baruh, Kg Parit 7 Tali
Air 7, Kg Parit 8 Tali Air 8 dan Kg Parit 8 Sg Leman.
“Jika seorang atau dua pengundi itu normal, kerana anda berpindah
dari satu tempat ke tempat lain. Saya boleh terima jika begitu.
“Tetapi dengan jumlah sebesar itu, ada yang tidak kena kerana
semuanya itu dirancang. Dirancang dengan sangat baik,” katanya menambah
beliau akan membuat laporan polis tidak lama lagi.
The Malaysian Insight meninjau di beberapa alamat di tanah rizab
Melayu dan penghuninya berkata mereka tidak tahu sebarang nama yang
didaftarkan di alamat berkenaan.
Mereka juga terkejut apabila mengetahui Cina dan India antara yang berdaftar di rumah orang Melayu.
“Anda boleh lihat kebanyakannya mempunyai nombor kad pengenalan yang
menunjukkan mereka dari luar Selangor,” kata Ng merujuk kepada pengundi
berdaftar di tanah rizab Melayu.
Menurut data daftar pemilih SPR, 16,247 pengundi di Sekinchan terdiri
daripada 56% Cina, Melayu (42%) dan India (2%). Majoriti masyarakat
Melayu di situ terdiri daripada orang Jawa dan Banjar.
Sementara itu, Jamal mendakwa Ng main “politik kotor” dan mencabarnya membuat laporan polis.
“Biar dia buat laporan polis. Kami (Umno) kenal pasti apa yang kami
panggil DNA Umno. Kami cuba dftar anak kepada ahli Umno. Kami tidak
daftar pengundi Cina atau India.
“Malah, saya percaya Ng sendiri yang guna taktik itu untuk salahkan Umno dan kata kami yang buat. Kenapa saya perlu buat begitu?
“Saya sebenarnya cuba menambah peratusan pengundi Melayu untuk bantu kerusi Sungai Besar.
“Ada ramai anak Umno (anak ahli parti) yang kami cuba hendak
daftarkan. Kami sedang cuba mengimbangkan demografi pengundi bukan
Melayu,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Jamal berkata Ng sendiri yang mungkin mendaftarkan pengundi
berkenaan, bermain politik kotor untuk memastikan kemenangan keempatnya
di Sekinchan.
Dalam laporan terdahulu Jamal dilaporkan berkata beliau “menemui”
7,000 pengundi baharu di Sekinchan dalam usaha Barisan Nasional (BN)
menawan Selangor pada pilihan raya akan datang.
Jamal dilaporkan berkata kawalan terhadap kawasannya di Sekinchan dan
Sungai Panjang penting dalam usaha Umno menawan kembali kawasan
Parlimen Subang yang dipegang R Sivarasa daripada PKR sejak 2008.
BN di Selangor mempunyai 21 kerusi pada 2008 dan berkurangan kepada
12 saja pada 2013. Semua 12 kerusi itu pada masa ini dikawal Umno
termasuk di Sungai Panjang.
Bersih 2.0 mendesak SPR mengambil tindakan segera mencegah manipulasi
dan penipuan dalam daftar pemilih, susulan dakwaan Jamal yang Umno
sedang bekerja keras memindahkan pengundi ke kawasan marginal.
Bersih 2.0 berkata jawatankuasa pemilih Parlimen dan inkuiri
Suruhanjaya Siasatan Diraja menemui bukti yang daftar pemilih
dimanipulasikan untuk kepentingan parti tertentu.
“Walaupun sepatutnya bertindak atas bukti, SPR sebaliknya membantu
menyembunyikan salah laku itu dengan enggan memberikan salinan draf
daftar pemilih dengan maklumat lengkap dan tidak melayan permintaan NGO
dan parti politik untuk berjumpa dan membincangkan isu itu.
“Selagi SPR terus gagal melindungi hak demokrasi rakyat untuk
mendapatkan pilihan raya adil, kemungkinan kesimpulan yang dapat dibuat
ialah mereka bekerjasama dengan parti tertentu untuk membantu usaha
mereka dalam menentukan keputusan PRU14 sebelum undi dibuang,” kata
Bersih 2.0.
Dalam satu kenyataan pada Mac, SPR berkata ia akan 100% bergantung
pada data pengundi, termasuk alamat kediaman dari Jabatan Pendaftaran
Negara.
Bagaimanapun, SPR berhenti menggunakan pendaftaran pengundi secara automatik untuk rakyat Malaysia yang berusia 21 tahun
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan