Oleh
AMANAH mungkin parti kerdil dalam gabungan Pakatan Harapan (PH)
tetapi kepentingannya menjangkaui keupayaannya meraih undi untuk
pembangkang, kata Presiden Mohamad Sabu.
Berbanding rakan sekutunya yang lain, Amanah melihat dirinya sebagai
perisai kepada kebangkitan ultra-konservatif Islam yang menyelusup masuk
ke seluruh pelusuk Malaysia dan sedang berusaha melemahkan ikatan
pelbagai kaum dan agama masyarakat negara ini.
Amanah, kata Mohamad, juga mahu menjadi perintis kepada ideologi
Islam progresif yang menekankan kepada tadbir urus negara yang baik
berbanding tadbir urus sedia ada yang menekankan kepatuhan berbanding
nilai moral.
Disebabkan pendekatan ultra konservatif Islam inilah, ramai orang
Melayu Islam takut untuk menukar pemimpin mereka biarpun pemimpin itu
terbukti korup dan tidak cekap, katanya lagi.
"Masalah utama di dalam negara ini adalah orang agama. Bukan agama
itu sendiri tetapi orang agama,” katanya
“Bagi orang yang mengelar diri mereka Islamis, rasuah itu bukan isu
besar di dalam negara yang majoritinya Muslim. Padahal dalam Islam itu
sendiri, rasuah itu sesuatu yang jijik dan kotor, sehingga yang memberi
dan menerimanya, tempat mereka dalam neraka. Ini yang Amanah mahu
tukar.
"Sekarang mereka main isu Melayu-Islam... Iaitu kalau Melayu buat rasuah kita kena pertahankan kerana takut Cina memerintah."
Pemimpin Amanah seringkali menjadi kumpulan pertama yang mengecam
kelompok ulama dan ilmuan agama yang totok termasuklah yang mempunyai
kaitan dengan parti pemerintah Umno dan parti Islam, PAS.
Yang menjadikan Amanah sesuai untuk bercakap tentang Islam adalah
kerana ramai pemimpinnya lulusan pengajian Islam atau mengenali konsep
Islam memandangkan pengalaman mereka selaku bekas ahli PAS.
Pemimpin parti seperti Mujahid Yusof Rawa, Hanipa Maidin, Khalid
Samad dan Mohamad Sabu sendiri sentiasa menjadi mereka yang pertama
mengeluarkan pandangan dalam isu agama yang menjadi pertikaian.
Ini termasuklah isu undang-undang untuk menghentikan penukaran agama
kanak-kanak bawah umur, usaha untuk mewujudkan Kod Keseksaan Islam
(hudud dan qisas), tuduhan Kristianisasi dan murtad dituju kepada DAP.
Mereka juga bersedia menolak amalan takfiri yang berleluasa, apabila
beberapa tokoh Islam seringkali mengkafirkan orang Islam yang lain.
Mohamad dan beberapa pemimpin Amanah turut menjadi mangsa amalan ini,
menerusi dakwaan beberapa orang Islam menggunakan media sosial yang
mendakwa beliau dan pemimpin Amanah yang lain boleh dibunuh.
"Budaya takfiri in telah menghancurkan Syria, Iraq, Somalia dan
Afghanistan. Orang Muslim dikatakan boleh bom masjid, gereja, pasar
awam. Ia satu ajaran yang akan menghancurkan dunia Islam, di mana orang
Muslim diajar bunuh orang Muslim yang berlainan fahaman,” kata Mohamad.
"Saya tak mau gerakkan Islam berakhir dengan takfiri, sudah ada fatwa
boleh bunuh orang, darah halal. Rakyat Syria dan Iraq dah terjerumus,
kita sekarang (di Malaysia) pada peringkat permulaan.
"Sebab itu Amanah adalah parti yang dianggap akan mencegah budaya itu. Kalau tidak kita akan terperangkap dalam takfiri."
Amanah diasaskan oleh beberapa bekas pemimpin PAS seperti Mohamad yang meninggalkan parti Islam berusia 66 tahun itu pada 2015.
Tahun itu juga, beberapa tokoh utama PAS kehilangan jawatan parti
mereka dalam pemilihan yang menyaksikan kumpulan ultra konservatif
mengambil alih pentadbiran parti.
Amanah kini merupakan sebahagian daripada PH, bersama-sama dengan
parti pelbagai kaum PKR dan DAP, serta parti Bumiputera, Bersatu.
Dibandingkan dengan rakannya yang lebih lama tertubuh dan mempunyai
lebih ramai ahli, Amanah mempunyai hampir 100,000 ahli di seluruh
negara.
Walaupun salah satu matlamatnya adalah untuk menyebarkan pendekatan
“Islam itu rahmatulil alamin”, Amanah juga membuka pintu kepada orang
bukan Islam menjadi ahli parti, mempunyai hak yang saksama dengan ahli
beragama Islam. Ahli bukan Islam boleh mengundi dan memegang jawatan di
peringkat tertinggi parti itu.
Dibandingkan dengan Umno yang hanya terbuka kepada orang Melayu Islam
dan PAS yang hanya memerap ahli bukan Islam dalam salah satu sayapnya
sahaja.
"Amanah mahu menukar akhlak orang Islam. Ia satu cita-cita yang
panjang dan lebih besar dan saya mungkin tak akan nampak pada era saya.
Tetapi ini yang Amanah nak buat kerana (good governance) adalah satu trend yang semakin menjadi di kalangan negara Muslim."
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan