Baru-baru ini telah diadakan program ‘Wanita Penentu Masa Depan
Negara’ yang dianjurkan oleh Wanita Pakatan Harapan (PH) Negeri Johor
dan program itu telah menjemput ahli panel dari pelbagai latar belakang
parti komponen PH.
Dalam sesi soal jawab, seorang hadirin yang telah bangun bertanyakan
pendirian berkenaan dengan kehadiran Siti Kassim dalam program ‘Wanita
Tolak Politik Toksik’ baru-baru ini yang diadakan di Kuala Lumpur kepada
salah seorang ahli panel Aiman Athirah Al-Jundi
Soalan yang diutarakan itu mengejutkan hadirin yang hadir, namun ia
telah dijawab oleh Aiman Athirah dengan menyatakan beberapa perkara
berkenaan dengan pendirian PH serta Amanah termasuk pendirian berkenaan
dengan ‘Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT)’.
“Ada beberapa perkara yang kami tidak bersetuju dengan Siti Kassim
serta LGBT, itu adalah pendirian PH dan saya sendiri secara peribadi.
Memang perkara ini telah dibahas banyak kali namun kebanyakkan orang
yang mahu mencari silap kami tidak memandang perbahasan tersebut.
“Saya mahu jelaskan pada semua, LGBT serta Siti Kassim adalah
pengundi yang sah di negara ini dan mereka ada hak untuk bersuara dalam
menuntut hak mereka dan jika kita tidak bersetuju kita boleh berbincang
bukan dengan harus meminggirkan Siti Kassim bersama rakannya,” kata
Aiman Athirah ketika menjawab soalan berkenaan.
Selain itu, Penerangan Wanita PH Nasional itu turut menyatakan
gerakan politik ini perlu menerima kepelbagaian dalam menjalankan
tanggungjawab agar semua pihak dapat merasakan mereka terbela.
“Sebagai sebuah gerakan politik di negara ini, kita harus menerima
pembabitan pelbagai pihak termasuk golongan seperti Siti Kassim bersama
rakan-rakannya.
“Sekurang-kurangnya Siti Kassim bersama rakannya mempunyai kesedaran
dalam berpolitik walau dia seorang wanita dan bagi saya baguslah Siti
Kassim mempunyai kesedaran sedemikian sebagai seorang rakyat di
Malaysia.
“Kita harus mengelak dari politik yang merasakan diri kita suci dan
tidak pernah berbuat dosa langsung sehingga kita tidak mampu menerima
pembabitan orang yang kita rasakan tidak suci seperti kita, kononnya,”
Aiman Athirah Al-Jundi.
Siti Kassim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kassim sebelum ini
menjadi kontroversi dengan pandangan beliau yang dianggap berlawanan
atau bertentangan dengan pelbagai prinsip dan budaya di dalam negara
ini.
Beliau juga merupakan aktivis yang sentiasa mencari tempat untuk
menyuarakan pandangan berkenaan dengan hak asasi manusia sehingga
membuatkan ramai yang kurang senang dengan diri beliau sebelum ini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan