Bajet 2018 tidak melegakan rakyat, kata Mujahid

Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam komen awalnya terhadap Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di parlimen semalam menyifatkan bahawa ia masih tidak melegakan rakyat dalam isu kos sara hidup kerana isu harga barang dan petrol tidak disentuh.

“Suntikan dalam pendapatan boleh guna terlalu sedikit berbanding cadangan PH menghapuskan GST di mana sebanyak 25.5B setelah tolak cukai GST akan disuntik dalam pasaran domestik melalui perbelanjaan rakyat.

“Kegagalan Kedai Rakyat 1 Malaysia dipulihkan dengan versi baru sedangkan ia hanya akan mengulangi kegagalan yang sama. Harga petrol kekal menghimpit kos hidup berbanding cadangan PH yang memakai model bersasar kepada 1,000cc ke bawah dan motosikal.

Beliau menyimpulkan bawaha Bajet 2018 adalah gula-gula PRU manakala perkara lebih serius dalam mengatasi 9 cabaran W2020 kelihatan masih jauh termasuk pembentukan Bangsa Malaysia .

“GST kekal menghantui rakyat hasil kebobrokan BN dan skandal 1MDB masih tiada jawapan,” dalam kenyataan ringkasnya
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan