Jawatankuasa
Pimpinan AMANAH Nasional, Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz, mengakui wujud
beberapa kelemahan Pakatan Harapan (PH) sepanjang hampir dua tahun
pentadbirannya yang sering mengundang persepsi kurang baik kepada PH.
Namun katanya, itu sama sekali tidak boleh menjadikan alasan untuk
mana-mana individu cuba melakukan perubahan secara tidak demokrasi
apatah lagi melalui pintu belakang yang dianggap sebagai tidak bermoral.
Bahkan katanya, apa yang berlaku hari ini seolah-olah memberi lampu
hijau kepada individu atau parti lain untuk menggulingkan kerajaan
dengan cara yang sama.
“Ini kita sebut sebagai satu pengkhianatan dan akan dikenang oleh rakyat.
“Bahkan negatifnya, apa yang berlaku memperlihatkan adanya
parti-parti yang bergabung telah menjatuhkan kerajaan yang mendapat
mandat rakyat.
“Kamu seolah-olah mengajar dan membenarkan cara itu dilakukan. Jadi
terima lah, parti atau individu lain juga boleh menjatuhkan kerajaan
dengan cara yang sama iaitu khianat,” katanya dalam temubual bersama
Malaysia Dateline baru-baru ini.
Beliau turut mengingatkan tentang episod kejatuhan Pakatan Rakyat di
Perak pada tahun 2009 selepas dua Adun PKR dan DAP mengisytiharkan
keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).
Nik Omar berkata, beliau tidak menolak kemungkinan pengkhianatan yang
dilakukan waktu itu akan berulang lebih-lebih lagi dengan tindakan
penubuhan Perikatan Nasional (PN) yang merampas demokrasi rakyat.
“(Sekiranya ada lagi pengkhianatan), kerajaan sekarang ini tak boleh halang. Sebab dia yang mulakan.
“Apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini benda yang sama
dilakukan oleh kerajaan Umno terdahulu. Ertinya kamu mengajar rakyat dan
pemimpin politik buat benda sama,” jelas Yang Dipertua Yadim itu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan