Oleh DALIA ISMAIL
Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brid Jeneral (B) Datuk Mohd
Arshad Raji memperjelaskan desakan persatuan itu agar anugerah Ahli
Kehormat Kelab Komando yang diberikan kepada Datuk Seri Jamal Md Yunos
ditarik balik bagi menjaga naik baik Kelab Komando Veteran.
“Ingin kami nyatakan bahawa kami membawa isu ini semata mata bagi
menjaga nama baik Kelab Komando Veteran, dan anugerah yang diberikan itu
perlulah dijaga dengan baik dan terhormat.
“Begitu juga dengan gelaran Datuk Seri dan Datuk yang telah dianugerahkan oleh Sultan Pahang.
“Kami ingin ingatkan pada Jamal Yunos bahawa Sultan Johor adalah
Kolonel Yang DiPertua Rejimen Komando, dan saya percaya Sultan Johor
yang juga telah mengikuti latihan komando di Amerika Syarikat, dan kami
yakin baginda tidak akan berkenan dengan tindakan Jamal Yunos itu.
“Sekiranya Jamal Yunos tidak pemegang anugerah Ahli Kehormat Kelab
Komando, kami tidak akan memperdulikan tindakan Jamal Yunos itu,”
ujarnya
Arshad pada 12 Julai lalu mengeluarkan kenyataan melahirkan
kebimbangan dengan telatah Pengerusi Gerakan Ngo Malaysia Datuk Seri
Jamal Md Yunos dengan gimik dilakukannya sebagai tanda protes terhadap
kerajaan negeri Selangor dakwanya, boleh mengundang teladan tidak baik
terhadap golongan belia dan memberi kesan buruk kepada perpaduan dalam
negara dan mendesak anugerah itu ditarik balik.
Bagaimanapun Jamal dalam kenyataan balasnya di Sinar Harian dipetik
mendakwa pula persatuan Patriot tidak memahami dengan lebih mendalam isu
berhubung pesta arak di Selangor yang mengundang isu sensitiviti
terhadap umat Islam.
Jamal juga mengatakan bahawa tindakkannya itu adalah, sebagai satu gimik bagi menyatakan bantahan penganjuran pesta arak.
Malah Jamal turut mendesak persatuan Patriot menyatakan pendirian mereka pula mengenai Pesta Arak.
Jelas Arshad lagi, sebab persatuan itu mendesak penarikan balik
anugerah tersebut, atas dasar bahawa tindakan Jamal dalam protesnya
memecahkan ‘crate beer’ di hadapan pintu masuk utama ke Pejabat Kerajaan
Negeri Selangor adalah keterlaluan.
“Perbuatan itu mencemar nama baik Kelab Veteran Komando khasnya dan veteran Angkatan Tentera Malaysia amnya.
“Terdahulu dari insiden ini, Jamal Yunos juga telah melakukan
berberapa protes yang lain hinggakan beliau telah menerima berbagai nama
jolokan.
“Perlu saya ingatkan bahawa Jamal Yunos juga seorang bergelar Datuk
Seri dan Datuk, dan saya rasa belum pernah dalam sejarah negara ini,
saorang bergelar sedemikian melakukan tindakan seperti yang dilakukan
oleh Jamal Yunos,” ujarnya.
Mengenai pendirian persatuan itu berhubung Pesta Arak, Arshad
menambah,persatuan berpendirian bahawa pesta arak boleh diadakan tetapi
dikawal dan meletakan beberapa syarat kepada pihak penganjur.
“Satu dari syaratnya adalah dengan tidak membenarkan orang Melayu menyertai acara ini.
“Kalau tempat perjudian terbesar di negara ini, iaitu Genting
Highlands bolih melarang orang Melayu dari memasuki tempat perjudian
itu, mengapa pula kita tidak bolih melarang orang Melayu menyertai Pesta
Arak ini,” ujarnya.
Katanya lagi persatuan itu tidak melarang Jamal yang juga Ketua Umno
Bahagian Sungai Besar itu melakukan protes, tapi lakukan lah dengan
penuh tertib, beradab dan bijaksana demi menjaga gelaran yang ada pada
dirinya itu, dan keharmonian kaum negara ini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan