Suatu Malam Di Hotel Sheraton Yang Mendebarkan Serta Menghangatkan

Oleh HAYAR HASSAN.

Cerita-cerita penubuhan “Kerajaan Pintu Belakang(KPB)” untuk mengemudikan pemerintahan serta pentadbiran Putrajaya sebenarnya sudah lama berlegar dalam masyarakat kita, khususnya melalui media-media sosial. Ianya semakin rancak diperkatakan setelah UMNO dan PAS secara resmi menubuhkan Pakatan Nasional(PN) beberapa bulan lalu.

Tanggal 21 Februari 2020 hari Jumaat lalu, Majlis Presiden Pakatan Harapan(MPPH) telah mengadakan mesyuarat khusus membincangkan perihal penyerahan jawatan Perdana Menteri sekarang oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad(TM) kepada Dato Seri Anwar Ibrahim(DSAI) sebagai Perdana Menteri ke 8. Ini adalah seperti perjanjian dan persefahaman bersama PH pada Mei 2018 lalu setelah berjaya mengalahkan BN dalam PRU ke 14.

Dikatakan pada mesyuarat tersebut, Dato’ Seri Azmin Ali(DSAA) telah mencadangkan agar YAB TM dibiarkan menjawat jawatan Perdana Menteri sehingga habis penggal .

 Namun cadangan ini telah disanggah oleh banyak pihak dalam MPPH. Perbincangan dalam mesyuarat tersebut menjadi tegang dan hangat dengan masing-masing memberikan hujah. Di akhir mesyuarat tersebut, dikatakan DSAI sendiri mencadangkan agar YAB TM diberikan perogatif untuk menentukan tarikh untuk melepaskan jawatan keramat tersebut kepada DSAI.

YAB TM sendiri seusai mesyuarat MPPH telah mengumumkan bahawa MPPH telah sebulat suara memutuskan untuk memberikan perogatif kepadanya untuk menetapkannya dan tiada had tempoh masa.

Rata-rata rakyat sudah menganggap isu ini selesai. Masing-masing boleh meneruskan kehidupan seharian dan menunggu-nunggu Persidangan Asia Pacific Economic Conference (APEC). Sebelum ini YAB TM sendiri telah berjanji untuk melaksanakan janji isu ini selepas APEC.

Namun demikian, keesokan harinya tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita bahawa kumpulan DSAA, BN(UMNO,PAS, MIC,MCA),BERSATU, GPS dan WARISAN telah memperolehi majoriti untuk menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional. Dikhabarkan, kumpulan DSAA ini telah mempersembahkan kepada YDP Agong 130 Satutory Declaration (SD) ahli-ahli Parlimen yang telah berpihak kepada mereka. Dikatakan juga YAB TM akan terus menjadi Perdana Menteri. Ini bermakna yang tinggal dalam Pakatan Harapan(PH) hanya lah Ahli-Ahli Parlimen PKR dalam kumpulan DSAI, Ahli-Ahli Parlimen DAP dan Ahli-Ahli Parlimen AMANAH.

Seterusnya untuk meraikan kejayaan penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional itu , suatu Majlis Makan Malam akan diadakan di Hotel Sheraton.

Pada malam minggu itu, tanggal 22 Februari 2020, hampir semua tokoh-tokoh utama dalam kumpulan bakal Kerajaan Perikatan Nasional telah hadir. Tetamu utama, bakal Perdana Menteri mereka YAB TM masih belum muncul. Empat buah kerusi di meja utama VVIP kelihatan kosong hinggalah ke akhir majlis. Berkemungkinan kerusi-kerusi tersebut dikhaskan untuk YAB TM, YB TS Mahyuddin Yassin, YAB Mukhriz Mahathir dan YAB Ketua Menteri Sabah.

Pada hari berikutnya, Isnin 24 Februari 2020, rakyat telah dikejutkan dengan berita bahawa YAB TM telah mengemukakan surat perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan sebagai Pengerusi BERSATU.

Pada hari yang sama juga, TS Mahyuddin Yassin, selaku Presiden BERSATU telah membuat pengumuman bahawa BERSATU keluar daripada PH. Ini bermaksud Kerajaan Pusat PH telah runtuh. Rupa nya usaha-usaha memporakperandakan PH telah sampai ke puncak nya. Usaha-usaha jahat ini hampir berjaya dan membuahkan hasil yang mereka idam-idamkan. DSAI dinafikan peluang untuk menjadi PM ke 8.

Ini lah kegawatan yang mengejutkan semua lapisan masyarakat. Pada hari Isnin itu(24 Februari 2020), dikatakan indeks pasaran saham di Bursa KL telah merudum ke paras terendah dalam tempoh masa 8 tahun terakhir. Nilai mata wang Ringgit Malaysia(RM) juga telah jatuh ke paras RM 4.22 jika dibandingkan dengan Dollar AS. Itu lah kesan segera terhadap ekonomi Malaysia. Cukup besar sekali rupa nya impak terhadap manuver-manuver politik picisan yang telah digerakkan oleh kumpulan DSAA ini. Gawat darurat kata orang Indonesia. “Semua nya berantakan Dong !”.

Terkini, Yang DiPertuan Agong(YDP Agong) terpaksa dilibatkan dalam merungkai segala kekusutan yang telah berlaku. Kegawatan politik yang berlaku sekarang ini perlu diselesaikan dengan SEGERA supaya rakyat boleh beraktibiti seperti biasa. Adalah diharapkan dalam minggu ini juga krisis politik ini akan berakhir dengan perlantikan Perdana Menteri baru dan seterusnya pembentukan kabinet baru.

Saya melihat kunci utama dalam penerusan kelangsungan Kerajaan PH ini adalah berpegang kepada janji dan pesefahaman bersama yang telah disepakati sebelum ini.

Kalau dahulu setelah kemenangan PH dalam PRU 14, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail boleh menolak dengan penoh hormat tawaran YDP Agong untuk menjawat jawatan Perdana Menteri ke 7 dengan alasan bahawa jawatan itu adalah untuk TM.Ini adalah seperti yang telah dipersetujui oleh Majlis Presiden PH.

Dalam keadaan sekarang YAB TM sewajar nya berpegang juga kepada janji-janji yang telah dipersetujui oleh Majlis Presiden PH. Ini lah kekuatan yang ada kepada PH. Diharapkan dalam pembentukan Kabinet Baru Kerajaan PH nanti, DSAI akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan DSWA. Ini dilihat akan menjamin kelangsungan PH menjelang PRU 15.

DSAI tidak boleh dibiarkan terus berada di luar kabinet. Diharapkan pergolakan dalaman PKR akan segera berakhir dengan ketiadaan kumpulan kartel.

Kita percaya YAB Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus berpegang kepada prinsip nya untuk tidak berkompromi dengan golongan kleptrokasi dan rasuah. Intergriti dan reputasi beliau akan gugur berkecai ke tanah seandainya beliau tidak berpegang kepada janji-janji yang telah dipersetujui bersama.

“KITA BERPEGANG KEPADA JANJI-JANJI YANG TELAH DIPERSETUJUI BERSAMA”.














Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan