ALOR SETAR : Presiden Amanah Mohamad Sabu hari ini menggesa gabungan 4
parti dalam Pakatan Harapan supaya mesti bebas daripada unsur khianat
dan ketidakjujuran seperti yang pernah berlaku dalam Pakatan Rakyat.
Tanpa menyebut PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu
turut menyindir parti Islam itu yang pernah memboikot Presiden PKR
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mahu bertanding di Permatang
Pauh.
Disebabkan itu, pihaknya mahu semua parti dalam Pakatan Harapan untuk
turun padang membantu calon dalam pilihan raya sekiranya keputusan
telah dibuat.
“Biar semua faham yang tidak ada mana-mana parti yang mampu jatuhkan
(BN) secara sendirian.
Sama ada PKR, DAP, PPBM dan Amanah apatah lagi
PAS… 38 tahun dalam parti itu,” kata beliau semasa berucap merasmikan
Konvensyen Nasional Amanah 2017 di sini hari ini.
Bertemakan ‘Menjunjung Amanah Rakyat’ acara tahunan kali ke-2 itu diadakan di Hotel Royale Signature, Alor Setar.
Berucap di hadapan 898 perwakilan Amanah seluruh negara, Mat Sabu
turut menggesa agar meninggalkan cara pemikiran politik dangkal dan
angkuh sebaliknya bekerjasama bagi menyatupadukan rakyat.
“Dan akhirnya mengambil alih pemerintahan pada pilihan raya akan
datang. Senario pilihan raya akan datang hampir pasti menyaksikan
pertandingan 3, 4, 5 dan berbagai penjuru.
“Tetapi kita letakkan kepada rakyat, rakyat tak ada pilihan lain
hanya ada 2 pilihan sama ada pilih Pakatan Harapan atau tolak BN. Tak
ada pilihan lain yang mereka boleh buat.
“Parti lain boleh tanding (pilihan raya) negara demokrasi (tapi) rakyat akan tinggalkan mereka, Insy-Allah,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan