Oleh
Minggu lalu, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) melondehkan lagi masalah PPBM kepada umum.
ROS berkata PPBM boleh diharamkan pendaftarannya kerana melakukan tiga kesalahan yang melanggar perlembagaan parti itu.
Antara kesalahan yang menjatuhkan imej PPBM dengan teruk ialah
ketidak-mampuan mengadakan mesyuarat agung tahunan. Dua lagi kesalahan
yang lain ialah menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai Armada dan
menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti.
Di sebalik masalah yang sebegitu serius, PPBM telah menganjurkan
sambutan ulang tahunnya di Muar pada tanggal 14 September yang lalu,
untuk membina persepsi umum bahawa segala-galanya sedang berjalan lancar
untuk parti itu.
Namun, persepsi yang palsu tidak akan dapat bertahan.
Alasan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa PPBM masih gagal mengadakan
mesyuarat agong kerana peringkat bawah belum mengadakan mesyuarat
masing-masing juga susah diterima.
Bukankah tanggungjawab pimpinan tertinggi untuk mengarahkan bila cawangan-cawangan perlu mengadakan mesyuarat agong?
Apakah arahan itu sudah dikeluarkan? Jika ya, setakat ini berapa
cawangan yang sudah mematuhi arahan itu? Berapa cawangan yang ingkar
atau tidak mampu mengadakan mesyuarat agong? Apakah ia disebabkan setiap
cawangan PPBM tidak cukup korum untuk mengadakan mesyuarat agong mereka
atau ada masalah logistik yang lain?
Sekiranya arahan untuk mengadakan mesyuarat cawangan belum pernah dikeluarkan, bukankah ini satu kecuaian pengurusan parti?
Bagaimana pula kemelut yang melanda nama Armada, sayap pemudanya?
Menurut Shaharuddin, PPBM kini terpaksa akur untuk tidak menggunakan
nama Armada sehinggalah pindaan perlembagaan parti diluluskan oleh pihak
ROS. Armada kini hanya boleh dikenali sebagai Pemuda PPBM.
Shahruddin berkata keputusan menggunakan nama Armada merupakan
sebahagian daripada perlembagaan Bersatu yang diputuskan dalam mesyuarat
agung luar biasa pada 2 November 2016.
Namun, ROS tidak mengiktiraf
mesyuarat tersebut disebabkan hanya 12 orang ahli majlis tertinggi
sahaja yang menghadiri mesyuarat itu.
Kelakarnya, perlembagaan PPBM sendiri di bawah Fasal 28 menyatakan
bahawa “sebarang pindaan kepada perlembagaan parti itu mesti disokong
oleh tidak kurang daripada 2/3 perwakilan yang hadir di AGM atau EGM”.
Jadi, bagaimana kesilapan ini boleh berlaku? Bagaimana PPBM boleh melanggar perlembagaan sendiri?
Siapakah yang patut bertanggungjawab? Kesalahan tidak boleh
diletakkan pada setiausaha agung parti itu Datuk Dr Shaharuddin Md
Salleh sahaja.
Di manakah kebijaksanaan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan
timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir? Dr Mahathir sudah terlalu sibuk dan
tua untuk menguruskan parti, jadi perkara ini tidak boleh dipersalahkan
pada beliau.
Namun, ketiga-tiga kesilapan PPBM ini telah memalukan Dr Mahathir
yang sering cuba mendesak ROS untuk mempercepatkan proses pendaftaran
Pakatan Harapan.
Dr Mahathir perlu memastikan PPBM mematuhi segala undang-undang
terlebih dahulu sebelum mendesak ROS untuk mempercepatkan proses
pendaftaran Pakatan Harapan.
Semakin lambat PPBM menyelesaikan masalahnya, semakin kuatlah alasan
ROS untuk melengahkan pendaftaran Pakatan Harapan. Salah siapa?
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan