KERJASAMA antara Umno dan PAS sekiranya dimaterialisasi akan memberi
manfaat kepada penyatuan ummah, kata anggota Majlis Tertinggi Umno,
Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata penyatuan di kalangan pimpinan politik beragama Islam,
penting dalam memastikan kelangsungan Islam dan dasar berkaitannya di
dalam negara boleh dicapai.
Bagaimanapun, beliau berkata hal mengenai kerjasama antara kedua-dua
parti itu, terutamanya dalam pilihan raya, terserah kepada pucuk
pimpinan parti.
“Setakat ini kita tak nampak pergaduhan antara Umno dan PAS, kalau
benar boleh kita bekerjasama dengan lebih jauh, saya kira itu baik
kerana kita bercakap tentang penyatuan ummah.
“Daripada kita bergaduh lebih baik kita bersatu,” katanya semasa
menjadi panel kluster politik di Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0
di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau mengulas soalan daripada peserta konvensyen yang mahu tahu sama ada Umno dan PAS perlu ada kerjasama politik. – Bernama
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan