AMANAH Kedah mengajak Yang Dipertua Pas Kawasan Padang Serai, Ustaz
Shaharuddin Ibrahim untuk bersemuka bagi memperincikan penjelasan
berhubung dakwaannya tentang haram mengundi Pakatan Harapan.
Pengarah Komunikasi AMANAH Kedah, Ustaz Ridzwan Abu Bakar
berkata, pelawaan tersebut ekoran kenyataan Shaharuddin dalam kuliah di
sebuah masjid di negeri itu yang tular di media sosial baru-baru ini.
“Beliau (Shaharuddin) telah membuat dua dakwaan berkaitan haramnya
menmgundi Pakatan Harapan dan menyandarkan dakwaan itu kepada Ustaz
Haslin Baharim atau juga dikenali sebagai Ustaz Bollywood.
“Saya ajak beliau bersemuka supaya pandangan-pandangan agama tidak
dilacurkan sebegitu rupa oleh mereka yang berpakaian ulama yang
menggunakan gelaran agamawan,” tegasnya.
Ustaz Ridzwan dalam rakaman video dipetik dari Facebook AMANAH Kedah
itu mempersoal asas hukum atau dalil yang digunakan Shaharuddin sehingga
membawa kepada dakwaan mengundi Pakatan Harapan sebagai haram.
“Haramnya dari segi apa? Kalau beliau berhujah kerana ada DAP di
dalamnya, maka kita kata Pas juga pernah bersama Pakatan Rakyat sebelum
ini dan dalam Pakatan Rakyat ada DAP.
“Adakah Ustaz Shaharuddin dan orang seumpamanya melacurkan ilmu
mereka mengikut keadaan semasa atau pun berubahnya hukum mengikut masa
dan tempat? Mungkin itu kaedah yang digunakan oleh mereka.
“Tetapi kalau guna kaedah itu, apakah keadaan, masa dan tempat
(ketika DAP dalam Pakatan Rakyat), apakah ketika itu halal, dan ketika
ini haram?” soalnya.
Selanjutnya, Ustaz Ridzwan mempertikai daripada segi undi bukan Islam
yang diterima Pas pada pilihan raya umum lalu ketika parti tersebut
menolak untuk mengundi calon bukan Islam.
“Asas apakah yang membolehkan Pas merayu undi daripada golongan bukan
Islam. Kalau mengundi golongan bukan Islam adalah haram, maka apakah
mendapat undi daripada mereka halal?
“Apakah kedudukan mereka (masyarakat bukan Islam termasuk dalam DAP,
PKR, dan AMANAH) adalah masyarakat kelas kedua di Malaysia?” bidasnya
lagi.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan Shaharuddin sebagai celupar
memandangkan penceramah berkenaan beberapa kali memfitnah DAP bahkan
sebahagian penduduk Pulau Pinang apabila pernah mendakwa laungan azan
dilarang di negeri tersebut.
“Saya atas nama Pengarah Komunikasi AMANAH Kedah mengajak Ustaz
Shaharuddin bermuzakarah kerana beliau melacurkan ilmunya atas nama
agama dengan pakaian jubah dan serbannya.
“Nampak bercakap bagi pihak agama, menggunakan istilah agama,
menunggang agama,” tegasnya sambil menetapkan pertemuan tersebut pada 2
Februari ini.
Untuk rekod pada 2016, Shaharuddin dalam tazkirah Ramadan berdurasi
30 minit dengan jelas menyebut, “Kalau DAP menguasai negara… nuu Pulau
Pinang tuan-tuan, bang (azan) dah tak boleh dah, bang (azan) tak boleh
dah, tuan-tuan.”
Mengulas lanjut, Ustaz Ridzwan berpendapat kesediaan Shaharuddin
untuk menghadiri sesi muzakarah itu sebagai tanda individu yang jujur.
“Kita bermuzakarah pada bila-bila masa dalam negeri Kedah bukan untuk
tujuan mencari siapa menang dan kalah tapi pandangan mana yang tepat.
“InsyaAllah pada 2 Februari, program ini ditangung sepenuhnya oleh
pihak kita (AMANAH). Kalau beliau betul-betul berbicara atas dasar hukum
dan berhujah matang dan sejahtara.
“Saya ajak mari bermuzakarah. Datangkan hujah kamu sekiranya kamu orang yang jujur,” tambahnya lagi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan