Oleh Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
1.
Suatu yang sangat pelik berlaku mutakhir ini apabila pengurusan Felda
Global Ventures Bhd (FGV) mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk
Zakaria Arshad (CEO) bercuti untuk siasatan.Arahan tersebut adalah dari
keputusan mesyuarat lembaga pengarah FGV yang dipengerusikan oleh Tan
Sri Isa Samad.
Sangat melucukan setelah umat Islam melalui fasa
pertama ramadhan (awal ramadhan ialah rahmat) dan di hari pertama fasa
keampunan tiba-tiba Isa Samad mengumumkan mesyuarat lembaga pengarah FGV
yang dipengerusi oleh beliau sendiri telah mengambil keputusan mengarah
CEO dan tiga lagi pegawai tinggi FGV bercuti dari tugas untuk proses
siasatan audit dalaman.Arahan itu menyatakan mereka perlu bercuti
berikutan siasatan dalaman ke atas tunggakan bayaran sebuah syarikat
Afghanistan, Safitex kepada anak syarikat FGV iaitu Delima Oil Products
Sdn Bhd.Ini umpama penjenayah arah CEO syarikat bercuti.
2. Yang
peliknya Isa Samad yang dipersoalkan sejak dari awal beliau dilantik
sebagai Pengerusi Felda dan FGV telah berlaku salahguna kuasa Isa Samad
termasuklah usaha percubaan merampas kuasa dalam Koperasi Peneroka
walaupun beliau sedar yang beliau sendiri bukan dalam kelumpok peneroka
Felda sehingga isu tersebut terseret ke mahkamah.Begitu juga paksaan
pemilikan saham koperasi dalam Felda Holding diserahkan pada FGV serta
penyenaraian FGV ke bursa yang dibantah oleh pegawai-pegawai tinggi
Felda serta isu Felda Investman Corpration (FIC).Tapi Isa Samad bebas
dari siasatan dan tindakan sehingga dia tidak disambung tugas sebagai
Pengerusi Felda tetapi masih bermaharaja lela di FGV sebagai
Pengerusi.Isu FGV menjadikan penjenayah mengarah CEO bercuti.
3.
Masih tidak terjawab dalam persoalan apa yang menjadi ketakutan Najib
untuk bertindak terhadap tingkah laku Isa Samad. Apakah ilmu kebal yang
diamal Isa Samad sehinggakan beliau tak mampu disentuh oleh PM
Najib.Ataupun hubungan Isa dengan Najib ibarat hubungan ketua penyamun
(Cheif) dengan Sarjan seperti dalam filem "Ali Baba dan 40 penyamun".
FGV
adalah syarikat GLC kedua selepas 1MDB yang diilhamkan oleh Perdana
Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak, yang
bergelumang dalam krisis.
4. Saya percaya Najib dan Isa Samad
masing-masing mempunyai "trump card" yang sangat ditakuti oleh mereka
berdua.Oleh itu isu dan masalah dalam Felda serta kerugian dalam FGV
mahu dialih dan dibebankan ke atas pihak pengurusan. Oleh demikian CEO
yang jujurlah yang dimangsakan.Sudah menjadi resam dunia para pendusta
dipercaya sedangkan orang jujur dianggap sebagai berdusta,si jujur
menjadi mangsa si penjahat jadi sanjungan.
5. Saya yakin masalah
FGV bermula dari saat ia ditubuhkan kerana niatnya tidak lurus dan tidak
telus. Kemelut korporat yang sedang berlaku ini adalah akibat urus
tadbir yang menyeleweng serta campur tangan songsang oleh pentadbiran PM
Najib serta tidak adanya petunjuk positif daripada kerajaan mengenai
bagaimana kemelut itu ditangani.
Semoga Allah memberikan kepada
kita para pemimpin yang takut kepada Allah dan memiliki sifat amanah,
mengasihi rakyat dan tidak suka hidup mewah, menegakkan kebenaran dan
menghancurkan kebatilan, cinta syariat dan anti khianat.
#JanganBiarkanPenjenayahMemerintahNegara
#BenterasPenjenayahNegara
#BebaskanNegaraDariPenjenayahBerkuasa
Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
5.30pm Taman Al Walid Alor Setar
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan