AMANAH sasar menang paling kurang 20 kerusi

Pengarah Komunikasi Parti AMANAH, Khalid Abdul Samad berkata, AMANAH mensasarkan menang paling kurang 20 kerusi daripada 27 kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

“Jadi, walaupun kami mengharapkan lebih banyak kerusi tetapi kami lihat dan kami faham alasan yang diberikan dan kami terima jumlah kerusi untuk ditandingi itu untuk pilihan raya pertama kami ini,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu hari ini.

Kata beliau, adalah lumrah bagi seseorang untuk tidak berasa gembira selepas rundingan pengagihan kerusi kerana tidak semua orang dapat apa yang mereka mahukan.

“AMANAH bermula dengan memohon lebih banyak kerusi, begitu juga dengan pihak lain.

“Akhirnya, dalam menentukan strategi yang tepat bagi Pakatan Harapan (PH), dan itulah tujuan usaha pengagihan itu diambil, maka begitulah peruntukan kerusi peringkat Parlimen yang telah dibuat.

Kata Khalid, beliau bersetuju Bersatu mendapat kerusi terbanyak di Semenanjung dan berikutnya PKR.

“Menerusi pendekatan ini adalah diharapkan kita akan mendapat momentum yang diperlukan untuk meraih kemenangan, yang juga akan memberi manfaat kepada AMANAH.

“Kita percaya beberapa kekurangan yang berlaku dalam pengagihan ini boleh diatasi menerusi rundingan pengagihan kerusi negeri, dan bagi tempat yang tiada kerusi buat kita seperti di Wilayah Persekutuan, ia dilihat sebagai pengorbanan kita demi mewujudkan persepakatan yang lebih baik,” kata beliau.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan