Pengarah Pilihan Raya AMANAH Nasional, Dr Mohd Hatta Ramli berkata,
AMANAH akan menyumbang kemenangan kepada Pakatan Harapan walaupun
diperuntukkan dengan hanya 27 kerusi Parlimen.
Menurutnya, jentera pilihan raya parti akan bekerja lebih kuat untuk
turut memenangi sejumlah besar kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di
seluruh Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
“Kita bertanding untuk menang bukan seronok letak calon paling banyak tapi kalah. Jadi, AMANAH mesti menang sebanyak mungkin.
“Itu lebih penting daripada kita bertanding banyak untuk memenuhi
keinginan semua orang tetapi kalah dan kecewa akhirnya,” tegasnya
Sehubungan itu, beliau menafikan AMANAH terpinggir dalam Pakatan
Harapan sebaliknya berpendapat parti tersebut masih menggalas peranan
penting dalam menggantikan Umno-BN di Putrajaya.
“Tidak wujud keadaan AMANAH macam ketinggalan. Tidak sampai begitu.
Hanya apa yang kita minta (kerusi Parlimen) tidaklah dapat semua, sama
juga seperti parti lain dalam Pakatan Harapan.
“Mesti ada parti yang lebih, dan kurang (dapat agihan kerusi).
Peranan penting sekarang, kita harus memenangkan Kelantan, Perak, Kedah
dan Johor. AMANAH ada tugas besar walaupun kerusi Parlimen yang diagih
paling sedikit.
“Banyak lagi kerusi Dun yang kita akan tandingi. Itu semua
tanggungjawab AMANAH yang menuntut gerak kerja jentera parti yang kuat.
InsyaAllah,” ujarnya.
Mengulas tentang proses muafakat Pakatan Harapan berhubung agihan
kerusi Parlimen di Semenanjung itu, beliau berkata, situasi semasa
menjelang PRU-14 berbeza berbanding pada 2013.
“Dulu (PRU-13) agih kepada tiga (parti). Ini pertama kali kita
bertanding empat parti. Jadi, kerusi untuk kita tandingi lebih terhad.
Bagi PRU-14 ini, semua parti dapat kurang sebab perlu diagih kepada
empat parti.
“PRU dulu pun, kita sudah ada pengalaman pada PRU 2008. Jadi, dari
situ datang pertimbangan untuk meletakkan calon di mana. Hanya mungkin
DAP kali ini tidak banyak terkesan sebab kerusinya masa PRU-13 lepas
banyak dia menang.
“Tapi bagi AMANAH, dalam keadaan kerusi Parlimen yang terhad pun,
kita masih dapat 27 kerusi.
Itulah muafakatnya. Itu baru di Semenanjung.
Di Sabah dan Sarawak, ada lagi kerusi,” jelasnya.
Ditanya tentang AMANAH Wilayah Persekutuan yang tidak mendapat
sebarang kerusi, Dr Hatta berkata, keputusan tersebut dicapai selepas
mengambil pelbagai pertimbangan.
“Nak buat bagaimana,” jawabnya ringkas.
Beliau juga memberitahu setakat ini, belum ada lagi rundingan semula
berhubung pemberian sekurang-kurangnya satu kerusi di Wilayah
Persekutuan kepada AMANAH.
“Belum lagi diputuskan,” katanya lagi yang juga Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan itu.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan