AUDIT forensik bagi skandal penukaran hak milik tanah strategik Felda
di Jalan Semarak akan bermula esok, menurut pengerusinya Shahrir
Samad.
Shahrir berkata ini bukan kali pertama Felda diaudit bagi menyiasat salah laku dalam urusniaga agensi tersebut.
Menurutnya, selepas penggantungan bekas pengarah besarnya Faizoull
Ahmad pada 2014, Felda telah menjalankan audit terhadap projek-projek
yang dilaksanakan dibawah kendalian Faizoull, termasuk projek ternakan
ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta.
“Audit itu dilakukan pada 2015 kemudian disambung pula oleh proses audit oleh Ketua Audit Negara.
“Kemudian tindakan diambil alih SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia) berasaskan kepada dapatan audit, dan dibawa ke mahkamah,”
Shahrir berkata dalam satu sidang media di Pangsapuri Desa Hasnah Ahmad,
di Johor Baru hari ini.
Shahrir mengulas mengenai perkembangan siasatan
terhadap skandal penukaran hak milik tanah Felda, yang menyaksikan
pihak polis mengambil keterangan dari bekas pengerusi agensi itu, Isa
Samad bagi membantu siasatan.
Shahrir juga mengulangi kesediaan Felda untuk bekerjasama sepenuhnya
kepada badan penyiasat dan menegaskan hukuman setimpal akan dikenakan
kepada pesalah jika berlakunya sebarang salah laku dalam perkara
tersebut.
“Jadi apa dapatan (dari audit tersebut) mungkin akan ada tindakan
disiplin, tindakan dalama atau tindakan undang-undang lain kalau
terjumpa apa-apa aspek perkara yang boleh dianggap salah laku.
“Bagi kita, kita takkan berkompromi mengenai soal tanah milik Felda.
Kita berpendapat pemindahan milik itu ialah satu satu salah laku dan
kita nakkan tanah itu balik,” katanya lagi.
Shahrir berkata kos bagi audit forensik ini yang dijalankan oleh
badan luar akan ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Perdana Menteri.
Perdana Menteri Najib Razak Khamis lepas mengumumkan yang kerajaan
telah melantik firma audit luar pada Disember lepas menyiasat "penipuan
kewangan" dalam skandal itu.
Empat bidang tanah dianggarkan bernilai lebih RM270 juta milik Felda
di Jalan Semarak dipindah milik kepada syarikat dikuasai Synergy
Promenade yang beri surat wakil kuasa penuh untuk memajukan tanah
berkenaan.
Tanah itu sepatutnya dibangunkan untuk Projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).
Transaksi ini berlaku ketika Isa menjadi pengerusi Felda sejak 2011 hingga awal Januari 2017
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan